Jumaat, 4 Ogos 2023 | 8:38am
Kapal dikenali sebagai The Icon of The Seas, pecah rekod dunia turut miliki taman tema air, selain mampu memuatkan 7,600 penumpang. - Foto Facebook
Kapal dikenali sebagai The Icon of The Seas, pecah rekod dunia turut miliki taman tema air, selain mampu memuatkan 7,600 penumpang. - Foto Facebook

Kapal persiaran terbesar dan termewah dunia, mula operasi Januari 2024

KAPAL persiaran terbesar di dunia saiz ukuran sepanjang 365 meter dan seberat kira-kira 250,800 tan, dikenali sebagai The Icon of The Seas akan memulakan pelayarannya bermula Januari tahun depan.

Kapal terbaharu syarikat Royal Caribbean itu bakal memecahkan rekod dunia kerana turut menempatkan taman tema air untuk digunakan oleh pengunjung kapal terbabit.

Pelayaran kapal membelah samudera akan bermula di Miami, pada Januari 2024 itu boleh membawa penumpang sekitar Caribbean sepanjang tahun, termasuk membuat persinggahan di pulau persendirian di Bahamas.

Kapal serba mewah yang dikatakan lima kali ganda lebih besar berbanding Titanic itu, mampu memuatkan sebanyak 7,600 penumpang di keseluruhan 20 dek nya serta turut mempunyai lebih 40 bar dan restoran di atas kapal.

Mereka yang mengambil pakej kelas pertama akan ditawarkan dengan bilik tingkap besar sekaligus dapat melihat pemandangan laut ketika kapal itu sedang belayar.

Ia turut menempatkan pusat karaoke, dapur, bar piano, gelanggang 'ice skating', pusat teater dan laser serta beberapa tarikan lain termasuk Thrill Island, iaitu taman air terbesar di laut.

Taman tema dalam kapal persiaran mewah ini terdapat enam papan gelongsor. - Foto Facebook
Taman tema dalam kapal persiaran mewah ini terdapat enam papan gelongsor. - Foto Facebook

Pelayaran kapal membelah samudera akan bermula di Miami, pada Januari 2024. - Foto Facebook
Pelayaran kapal membelah samudera akan bermula di Miami, pada Januari 2024. - Foto Facebook

Memetik laporan The Sun itu, mendedahkan di taman tema itu juga terdapat enam papan gelongsor.

Frightening Bol juga yang tertinggi di kapal berkenaan. Selain itu terdapat rakit keluarga yang pertama serta mempunyai beberapa aktiviti meliputi rumah hantu, iaitu Hurricane Hunter dan Storm Surge.

Selain itu terdapat juga laluan berhalangan yang menakutkan apabila tetamu boleh merasai seperti digantung 47 meter dari lautan serta padang golf mini.

Mengujakan dan pengunjung, pasti tidak sabar lagi untuk meluangkan masa bersama keluarga di kolam besar pertama di dunia sambil melihat pemandangan laut yang memukau. - Agensi

Thrill Island, iaitu taman air terbesar di laut. - Foto Facebook
Thrill Island, iaitu taman air terbesar di laut. - Foto Facebook

Kapal serba mewah yang dikatakan lima kali ganda lebih besar berbanding Titanic ini mampu memuatkan sebanyak 7,600 penumpang di keseluruhan 20 dek nya serta turut mempunyai lebih 40 bar dan restoran di atas kapal. - Foto Facebook

Berita Harian X