Selasa, 1 Ogos 2023 | 8:44am
Pulau Pinang syurga makanan popular mesti dicuba adalah rojak. - Foto hiasan
Pulau Pinang syurga makanan popular mesti dicuba adalah rojak. - Foto hiasan
 Apam pisang, Apom Guan sebagai pankek terbaik di Pulau Pinang. - Foto hiasan
Apam pisang, Apom Guan sebagai pankek terbaik di Pulau Pinang. - Foto hiasan

Buru 5 destinasi makanan 'kegilaan meleleh'

Menerusi pelbagai sajian makanan boleh menyemarakkan perpaduan dan menyatukan Malaysia yang dihuni masyarakat majmuk.

Menjelang bulan Merdeka ini, "kegilaan meleleh" untuk meneroka kepelbagaian makanan yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.

Platform pelancongan digital, Agoda menyenaraikan lima lokasi destinasi makanan yang terbaik.

Sempena menyambut ulang tahun

Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 dengan aktiviti kegemaran kita semua iaitu melalui makan, sambil menyemarakkan warisan budaya Malaysia yang kaya dengan menikmati hidangan ikonik dan meneroka permata kulinari yang tersembunyi.

1. Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, destinasi domestik paling popular di Agoda pada hujung minggu

Merdeka yang panjang.

Ibu kota yang meriah ini memang sukar ditandingi dalam bab tempat-tempat

makanan jalanan seperti sate panas

dan nasi lemak yang harum yang akan membuatkan selera anda menari gembira.

Di WhiteBurger - sebuah tempat makan yang unik dengan pemandangan yang hebat. Kedai burger ini menyajikan burger yang enak, berlatarbelakangkan

pemandangan Menara Berkembar Petronas yang ikonik, menjadikannya satu tempat untuk meraikan Hari Merdeka dengan penuh bergaya.

Menginap: Bermalam di hab warisan Kuala Lumpur di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Jalan Petaling

2. Pulau Pinang

Pulau Pinang menduduki tempat kedua dalam senarai destinasi Merdeka yang utama.

Sinonim dengan destinasi makanan yang hebat, Pulau Pinang tidak dapat disangkal lagi sebagai sebuah syurga makanan

Malaysia.

Pulau Mutiara menawan hati semua penggemar makanan dengan pelbagai pilihan gerai penjaja dan kedai makan tradisional yang hebat.

Jamu selera anda dengan Laksa Asam Pulau Pinang yang terkenal di dunia, Char Koay Teow dan juga Rojak Pulau Pinang.

Sempena sambutan 66 ulang

tahun kemerdekaan, kita juga memberi penghormatan kepada tokoh makanan tempatan yang mencipta hidangan kulinari yang hebat sejak berdekad lamanya.

Salah seorang tokoh itu adalah

Uncle Guan, maestro masakan Apom Guan yang berusia 77. Apam pisang Apom Guan terkenal sebagai pankek yang terbaik di pulau itu.

Menginap: Imbau kegemilangan zaman lampau dengan menerokai warisan Pulau Pinang yang kaya di Areca Hotel Penang, sebuah hotel warisan yang memikat hati di pusat bandar Georgetown yang

bersejarah.

3. Melaka

Melaka, sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan warisan pelbagai budaya, adalah harta karun bagi penggemar makanan.

Di samping keajaiban budayanya, Melaka juga terkenal sebagai destinasi masakan yang berinovasi, tempat kelahiran beberapa hidangan Malaysia yang trendy dan digemari

ramai.

Sajian seperti Klebang Coconut Shake yang menyegarkan dan Mihun Udang Berkeju

memeriahkan dunia kulinari Melaka yang memikat hati.

Grass Stream Kitchen - sebuah tempat makan ala-kampung menggegarkan laman media sosial dengan kemasyhuran Pizza Parang, yang mana piza dipotong secara unik menggunakan parang.

Pengalaman hidangan yang bukan konvensional ini menambahkan sentuhan keterujaan dan mesti dicuba bagi mereka yang inginkan pengembaraan kulinari yang tidak dapat dilupakan di Melaka.

Menginap: Bersantai di Rosa Malacca, bunga ros di antara tempat percutian warisan intim Melaka.

Terletak di tengah-tengah bandar Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO), hotel dengan binaan ala-industri ini menawarkan akses yang mudah ke tempat bersejarah dan pada masa sama menyediakan suasana tenang untuk istirahat.

4. Kota Kinabalu

Terletak di kepulauan tropika Borneo, Sabah, Kota Kinabalu memikat dengan hidangan terhasil daripada gabungan cita rasa asli tempatan dan makanan laut yang menyelerakan.

Jamu selera dengan rasa aromatik Nasi Lemak Sabah, hidangan makanan laut yang lazat dan rasai penangan berapi Sinalau

Bakas, sejenis sajian tradisional Kadazan-Dusun.

Untuk pengalaman kulinari yang benar-benar unik, terokai laluan yang jarang digunakan dan kunjungi My Native Sabah. Restoran tempatan ini meneruskan

warisan keluarga dengan menghidangkan masakan Kadazandusun yang tulen dan mempamerkan warisan kulinari Sabah yang kaya.

Menginap: Alamilah keindahan alam semula jadi Sabah melalui lensa The LUMA Hotel, sebuah hotel dengan rekaan kreatif yang diilhamkan dari tarikan tropika yang hebat di rantau ini.

Dari tangga lingkaran yang menyerupai sungai subur dan bilik bertemakan kehijauan alam, tenggelamkan diri anda dalam pesona hutan hujan tropika Sabah untuk penginapan yang menyegarkan.

5. Kuantan

Bersiap sedia untuk pengembaraan kulinari yang hebat di Kuantan, sebuah bandar yang meriah di pantai timur Semenanjung Malaysia terkenal dengan pelbagai masakan tradisional Melayu.

Nikmati keenakan ikan bakar terkenal, iaitu ikan diperap dalam adunan rempah istimewa, dan cuba Keropok Lekor, kudapan kegemaran tempatan digemari ramai.

Untuk pengakhiran manis yang sempurna, manjakan diri dengan cita rasa Malaysia di Cendol Air Putih, di mana menu yang meluas

termasuk Cendol Durian yang ikonik.

Manisan istimewa yang mesti dicuba ini pasti akan membuatkan anda merindui satu lagi hidangan.

Menginap: Manjakan diri anda dengan kedamaian dan nikmati ketenangan di hujung minggu Merdeka yang panjang di Laman Sentosa Boutique Residence, sebuah pusat peranginan yang hebat di Kuantan.

Berita Harian X