Isnin, 29 Ogos 2022 | 9:58am
Sitdek kayuhan basikal secara solo, selama 15 hari sejak 17 Ogos lalu sehingga 31 Ogos ini ke seluruh Semenanjung. - Foto/Nazri Abu Bakar
Sitdek kayuhan basikal secara solo, selama 15 hari sejak 17 Ogos lalu sehingga 31 Ogos ini ke seluruh Semenanjung. - Foto/Nazri Abu Bakar
Bakar Noordin (kanan) bersama rakannya, Abu Sofian Osman, 66, (kiri) ketika melakukan kayuhan santai di Jalan Penang baru-baru ini. Foto/Aminah Yusof
Bakar Noordin (kanan) bersama rakannya, Abu Sofian Osman, 66, (kiri) ketika melakukan kayuhan santai di Jalan Penang baru-baru ini. Foto/Aminah Yusof
Che Kamarudin ambil masa tiga jam hias setiap hari, sejak Mac lalu menghias basikal. - Foto/Nazri Abu Bakar
Che Kamarudin ambil masa tiga jam hias setiap hari, sejak Mac lalu menghias basikal. - Foto/Nazri Abu Bakar

Kayuh basikal beratus kilometer kibar Jalur Gemilang

Perasaan bangga dan teruja tidak pernah pudar dalam diri rakyat di negara ini, apabila tanggal 31 Ogos, diraikan dengan cara tersendiri bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Selain mengibarkan Jalur Gemilang di pelbagai premis, ada sanggup berkayuh basikal kayuhan basikal sehingga beratus kilometer (km) sambil membawa bendera Malaysia

yang dihiasi indah sebagai platform menzahirkan semangat patriotik.

Malah, ia turut menunjukkan kepentingan pedal beroda dua atau tiga dalam kehidupan seharian kerana digunakan sebagai pengangkutan pada zaman dahulu, namun ia terus relevan hingga sekarang dengan fungsi berbeza.

Tok Sitdek semarakkan nostalgia merdeka

Bagi menyemarakkan nostalgia berkenaan, warga emas, Sitdek Ahmad Ali, 64, yang melakukan kayuhan basikal secara solo, selama 15 hari sejak 17 Ogos lalu sehingga 31 Ogos ini.

Mesra disapa 'Tok Sitdek', beliau melakukan kayuhan di seluruh Semenanjung dengan menjelajah setiap negeri bermula dari Alai, Melaka hingga ke Perlis dan Pantai Timur.

Objektifnya, bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan dan ingin menyuntik semangat patriotik dalam kalangan komuniti terutama generasi muda.

"Basikal dilengkapi Jalur Gemilang sebagai simbolik sokongan dan penghargaan kita kepada pejuang, pemimpin dan generasi terdahulu termasuk pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara daripada penjajah serta komunis.

"Komitmen kita untuk terus mempertahankan perpaduan dan kesejahteraan dinikmati hari ini, sekali gus dapat mengecapi kehidupan aman serta harmoni membabitkan berbilang kaum," katanya.

Latihan misi berbasikal solo

Justeru, bekas tentera itu juga menganggap berbasikal itu juga sebagai latihan persediaan untuk 'Misi Kayuhan ke Makkah' secara solo yang akan dilakukan, pada Disember depan.

Anak keempat daripada 14 beradik itu juga pernah mengayuh basikal sejauh 2,750 km mengelilingi Semenanjung sebanyak tiga kali (2002 -2004). Kekuatan mental fizikalnya terserlah kerana sebelumnya beliau pernah berkayuh dari Melaka ke Nanjing, China.

Sitdek berasal dari Sungai Rambai, Melaka, sebelum menyertai anggota tentera pada 1978 mengumpul dana ke Makkah termasuk menjual buku agama bagi menampung kos perjalanan.

Kayuhan sejauh lebih 2,000 km mengelilingi Semenanjung Malaysia kali ini tetap mencabar walaupun sudah melakukan 11 kayuhan pelbagai destinasi sejak berusia 18 tahun.

Pernah juga mengayuh beca merentasi Semenanjung sejauh 2,315 kilometer sebaik kontinjen negara muncul juara keseluruhan dalam Sukan SEA 2017.

Kebakaran hutan yang dilihat di barat daya Perancis. - Foto AP
Kebakaran hutan yang dilihat di barat daya Perancis. - Foto AP

Manifestasi kesyukuran kepada pemimpin

Bagi Presiden Persatuan Basikal Bukit Pulau Pinang, Bakar Noordin, setiap bulan kemerdekaan, beliau menghiaskan basikal kesayangannya dengan Jalur Gemilang sebagai manifestasi kesyukuran sebagai rakyat Malaysia.

Lebih bermakna basikal itu pernah ditunggang Bakar, 59, pada misi kayuhan 'Road to London 2012' sejauh 18,300 kilometer (km) bermula 4 Februari 2012 hingga 6 Ogos 2012 merentasi 17 negara bersama tiga lagi rakan.

"Selepas 10 tahun berlalu, saya masih setia menggunakan basikal sama untuk berkayuh sekurang-kurangnya 100 km setiap minggu dan ada mencecah 200 km hingga 300 km seminggu sebagai latihan konsisten persediaan misi kayuhan akan datang.

"Sejujurnya berkayuh sambil mengibarkan bendera Malaysia rasa lebih bersemangat, meremang pun ada kerana jalur keramat ini menemani saya sepanjang perjalanan penuh getir termasuk berdepan cuaca sejuk dan panas ekstrem ketika itu.

"Bila sampai negara orang penduduk tempatan lazimnya bertanya kami datang dari mana dan dengan bangga kami tunjukkan bendera dibawa dan kata kami dari Malaysia," katanya.

Lambang cintakan negara

Bakar berkata, hiasan bendera pada basikal miliknya dilakukan tidak begitu sarat agar praktikal untuk kayuhan jarak jauh.

Lantas beliau mengajak peminat sukan itu menunjukkan semangat patriotik dengan memasang Jalur Gemilang pada basikal masing-masing.

"Dua tahun, kita menyambut Hari Kebangsaan dalam suasana agak suram dan hambar kerana negara diselubungi COVID-19, jadi sambut kali ini sebagai lambang cinta kepada negara," katanya.

Che Kamarudin Che Amat, 63, mengayuh beca yang dihias dengan Jalur Gemilang bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan. - Foto/Nik Abdullah Nik Omar
Che Kamarudin Che Amat, 63, mengayuh beca yang dihias dengan Jalur Gemilang bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan. - Foto/Nik Abdullah Nik Omar

Pak cik beca bersemangat patriotik

Warga emas dari Kota Bharu, Kelantan, Che Kamarudin Che Amat, 63, ini juga tidak pernah gagal menghias beca miliknya dengan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan.

Mengambil masa tiga jam hias setiap hari, sejak Mac lalu beliau menghias basikal yang turut dibantu isterinya, Nor Hani Ismail, 53.

"Tahun ini, saya guna batang paip PVC sebagai tiang bendera supaya lebih tinggi dan kukuh untuk gantung 100 Jalur Gemilang serta bendera Kelantan pelbagai saiz setinggi lima meter. diserikan dengan bunga-bungaan.

"Dengan ketinggian ini ia 'memukau' perhatian sesiapa sahaja ketika menyusuri jalan di sekitar bandar Kota Bharu.

"Walaupun serba ringkas, cukup untuk saya menyatakan rasa sayang kepada negara," katanya yang hampir setiap hari berulang-alik sejauh 6 km mengayuh beca dari rumahnya di Berek 12 ke Pasar Besar Siti Khadijah untuk mencari rezeki sebagai pengayuh beca.

Sepanjang perjalanan itu ada meminta berhenti hanya untuk mengambil gambar yang dihiasi bendera.

Ketika menunggu penumpang di perkarangan Pasar Besar Siti Khadijah, ada pelancong mengambil peluang bergambar, malah ada yang sanggup membayarnya dan dianggap sebagai rezekinya.

Beliau guna bendera sedia ada atau disumbangkan pelbagai pihak.

"Ada sesetengah bendera lama sudah lusuh dan saya gantikan yang baharu. Ia dibiarkan berkibar sehingga sambutan Hari Malaysia, pada September depan," katanya.

Che Kamarudin menegaskan inisiatif itu tidak sebesar pengorbanan pemimpin dan perajurit terdahulu yang banyak berjasa kepada negara.

Md Rahim anjurkan kayuhan merdeka di sekitar kediamannya dan sekitar bandar raya Melaka. - Foto/Nazri Abu Bakar
Md Rahim anjurkan kayuhan merdeka di sekitar kediamannya dan sekitar bandar raya Melaka. - Foto/Nazri Abu Bakar

Basikal klasik dihiasi bendera

Bagi Md Rahim Maskop, 53, menyatakan beliau adalah peminat tegar basikal lama dan antik.

"Saya kini ada lebih 60 koleksi basikal tua termasuk beca yang masih boleh digunakan," katanya.

Beliau berbelanja ribuan ringgit untuk membeli dan membaiki basikal terbabit supaya sentiasa boleh digunakan terutama setiap kali bulan kemerdekaan.

Justeru, beliau akan menganjurkan kayuhan merdeka di sekitar kediamannya dan bandar raya Melaka, selain memenuhi jemputan pemilik basikal klasik di seluruh negara.

Md Rahim ada lebih 60 koleksi basikal tua termasuk beca masih boleh digunakan dihiasi Jalur Gemilang. Foto/Nazri Abu Bakar
Md Rahim ada lebih 60 koleksi basikal tua termasuk beca masih boleh digunakan dihiasi Jalur Gemilang. Foto/Nazri Abu Bakar

Beliau sanggup meminjamkan semua basikal untuk digunakan orang ramai setiap kali program komuniti di daerah Alor Gajah dan Melaka.

Beliau pernah dinobatkan Tokoh Jalur Gemilang 2017; Ikon Basikal Tua 2012 serta pelbagai anugerah lain, selain rumahnya ibarat muzium kemerdekaan yang menarik dan menakjubkan.

"Jika tiada aktiviti besar pada 31 Ogos, saya lepas geram berkayuh sekitar kawasan perumahan dan kampung dengan Jalur Gemilang, diiringi remaja dan pelajar," katanya.

Pengerusi Basikal Klasik Gadek ini, pernah dijemput berkayuh di Bali dan Surabaya serta kayuhan babitkan tiga negara iaitu Thailand, Malaysia dan Indonesia di Bandar Hilir sebelum pendemik COVID-19.

Berita Harian X