Isnin, 22 March 2021 | 1:39pm
Hasil tangkapan ikan dalam pesta memukat di Sungai Perak, tahun lalu.- Foto Mohd Rashidi Yusuf
Hasil tangkapan ikan dalam pesta memukat di Sungai Perak, tahun lalu.- Foto Mohd Rashidi Yusuf

Menanti rezeki di Sungai Perak

SABAN tahun, menjelang April dan Mei saat dinanti-nantikan nelayan darat di Sungai Perak, khususnya di Lenggong kerana bermulanya Monsun Barat Daya yang membawa rezeki lumayan buat mereka.

Pada bulan itu perairan antara Empangan Chenderoh dan Kenering, suasana bertukar meriah bagaikan pesta apabila nelayan akan mendaratkan atau memukat pelbagai spesies ikan terutama patin, temoleh, jelawat, kelabau, tengalan, kerai, lampam jawa, ara atau ruhu dan sebagainya.

Misalnya, tahun lalu ada nelayan berjaya memukat seekor ikan temoleh seberat 45 kilogram (kg) dan dijual dengan harga RM3,600 seekor.

Justeru, ketika ini, nelayan sibuk menyediakan pukat hanyut dan peralatan lain bagi menunggu musim pesta bermula.

Sepanjang tahun lalu, kira-kira 100 nelayan mendaratkan lebih 1,000 ekor patin dan lebih 10,000 ekor ikan sungai pelbagai spesies.

Musim Monson Barat Daya bermula April setiap tahun suasana di Sungai Perak akan berubah bagaikan pesta apabila nelayan memukat ikan.- Foto Mohd Rashidi Yusuf
Musim Monson Barat Daya bermula April setiap tahun suasana di Sungai Perak akan berubah bagaikan pesta apabila nelayan memukat ikan.- Foto Mohd Rashidi Yusuf

Hampir 90 peratus ikan terbabit dinaikkan menggunakan pukat hanyut, iaitu kaedah paling sesuai dan mudah di kawasan air yang mengalir deras.

Lubuk rezeki

Nelayan, Ahmad Hussaini Mokhtar, 49, dari Kampung Luat, teruja ingin mengulangi sejarah tahun lalu, pada musim kali ini yang dianggap lubuk rezeki.

Katanya, pada musim lalu, beliau tidak menyangka pukat barunya yang kali pertama digunakan membawa tuah apabila seekor ikan temoleh seberat 45 kg menyangkut di pukat itu.

"Pukat selebar 25 sentimeter (sm) diturunkan jam 3 pagi merangkap ikan temoleh dan ambil masa hampir sejam untuk dinaikkan dengan bantuan adiknya.

"Ikan temoleh itu dijual RM3,600 seekor, iaitu RM80 sekilogram.

"Ada kawan lain berjaya menaikkan ikan

patin seberat 31 kg dan ikan ruhu seberat 20 kg," katanya.

Tinjauan pelaksanan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 di ibu negara hari ini. - Foto NSTP/Siti Haliza Yusop
Tinjauan pelaksanan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 di ibu negara hari ini. - Foto NSTP/Siti Haliza Yusop

Nelayan, Abdul Rahman Manan, 47, dari Kampung Pulau Cheri, Luat, berkata beliau sudah menyediakan pukat selebar 15 sm dan 25 sm dengan harapan lebih banyak spesies ikan dapat ditangkap, mulai April ini.

"Pukat yang ada sudah rosak dan digantikan dengan yang baharu. Saya upah kawan pasang kaja pukat, batu-batu dan pelampung.

Abdul Rahman Manan mengandar dua ekor patin yang berjaya ditangkap dengan menggunakan pukat hanyut di Sungai Perak. Foto NSTP
Abdul Rahman Manan mengandar dua ekor patin yang berjaya ditangkap dengan menggunakan pukat hanyut di Sungai Perak. Foto NSTP

"Tahun lalu, saya mendaratkan 47 ekor patin dan pelbagai spesies ikan seperti lampam dengan nilai jualan melebihi RM10,000 sepanjang musim itu," katanya.

Jualan lebih RM15,000

Nelayan, Kamaruldzaman Jalek, 57, dari Kampung Bukit, Lenggong, berkata tahun lalu, beliau mendaratkan 45 ekor patin dan lain-lain spesies dengan hasil jualan lebih RM15,000.

Katanya, selain menangkap ikan dengan menggunakan pukat hanyut, beliau mengambil upah memasang kaja pukat, iaitu RM35 bagi setiap seorang.

Musim ini turut menerima upah membuat dayung atas permintaan nelayan, bayaran RM20 bagi setiap sebilah dayung.

"Pasang kaja dan batu timah pemberat, kerja renyah dan mengambil masa berhari-hari jadi ramai nelayan mengupah saya memasangnya," katanya.

Pesta mendarat ikan bakal bermula

Kini, rata-rata nelayan tidak sabar untuk menangkap pelbagai spesies ikan dengan menggunakan pukat hanyut dan tahan di air deras, selain jala dan rawai di kawasan air tenang.

Pukat hanyut kaedah menangkap ikan dengan menghanyutkan pukat, kemudian meregangkan atau merentangkan pukat dipasang dengan tali kaja.

Kemudian pelampung yang ikat itu akan terapung di permukaan air, selain dipasang kaja dan diikat dengan batu timah pemberat.

Pukat diregang (ditarik dengan motorbot) dari tepi sungai melintang hingga ke sebarang sungai, seterusnya dihanyutkan dan dikawal nelayan menggunakan dayung.

Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Sri Tujoh, Mohd Saifullah Che Mat (kiri) bersama dengan penternak ikan di Laguna Sri Tujoh, menunjukkan kan siakap dan talapia mati disebabkan akibat kualiti air kotor di sini, malam tadi. - Foto NSTP/NIik Abdullah Nik Omar
Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Sri Tujoh, Mohd Saifullah Che Mat (kiri) bersama dengan penternak ikan di Laguna Sri Tujoh, menunjukkan kan siakap dan talapia mati disebabkan akibat kualiti air kotor di sini, malam tadi. - Foto NSTP/NIik Abdullah Nik Omar

Sepanjang pukat dihanyutkan ikan akan tersangkut pada pukat dan kemudian dinaikkan.

Guna saiz pukat sesuai

Saiz dibenarkan adalah pukat hanyut berukuran 15 sm hingga 25 sm untuk menangkap ikan besar seperti tengalan, kelabau, jelawat, kerai, lampam jawa, baung, ara atau ruhu, patin, baung dan lain-lain.

Pukat besar diturunkan nelayan pada musim hujan, ketika air pasang dan keruh, di Sungai Perak. Ketika itu

ikan melepaskan telur terutama loma.

Lazimnya berat ikan ditangkap antara 10 dan 30 kilogram seekor.

Patin biasanya membesar di kawasan tasik, seperti Tasik Raban, Tasik Kota Tampan Air, Tasik Beng, Batu Reng, Kenering, selain di Sauk (Suak Purong, Rebau, Terpan, Sadang dan lain-lain).

Musim pesta ini ini berterusan antara Jun hingga September, tetapi jumlah pendaratan ikan semakin berkurangan, berbanding April dan Jun.

Banyak spesies ikan pupus

Banyak spesies ikan di Sungai Perak semakin berkurangan dan sebilangannya hampir pupus disebabkan kedegilan nelayan menggunakan saiz pukat yang tidak dibenarkan.

Ketua My Komuniti Perikanan Kampung Luat, Mohd Nor Ismail, berkata di Empangan Chenderoh dan Kenering, spesies ikan batu ulu, hangus ekor, ikan parang dan kelah antara yang pupus.

Namun, ikan temoleh, kerai, terbul, kawan masih lagi ada.

"Kebanyakan ikan pupus dan hampir pupus disebabkan aktiviti nelayan menggunakan pukat bersaiz 6.2 sm dan 3.7 sm.

"Jabatan Perikanan Negeri Perak (JPNP) hanya membenarkan nelayan menggunakan pukat bersaiz 7 sm bagi menangkap ikan kecil seperti loma, terbul, kawan dan lain-lain.

Nelayan darat bersiap sedia menyediakan pukat dan peralatan lain sebelum memukat ikan.- Foto Mohd Rashidi Yusuf
Nelayan darat bersiap sedia menyediakan pukat dan peralatan lain sebelum memukat ikan.- Foto Mohd Rashidi Yusuf

"Di tasik dan suak menjadi kawasan ikan membesar, tetapi jika gunakan pukat yang dilarang ia menjadikan ikan itu tidak sempat bertelur kerana tersangkut pada pukat.

"Ada nelayan menggunakan karan, bom, tuba dan memanah menyebabkan ikan pupus, selain ada ikan pemangsa seperti ikan raja, keli Afrika, baung ekor merah dan patin mekong," katanya.

Justeru, JPNP melepaskan benih ikan dan udang galah setiap tahun bagi membantu mengatasi masalah kekurangan pendaratan spesies di Sungai Perak dan mampu merancakkan aktiviti nelayan darat.

Jangan guna bom

Ketua Perikanan Daerah Hulu Perak, Mohamad Haffiz Mazalan, berkata nelayan perlu mematuhi peraturan ditetapkan JPNP

bagi mengelak kepupusan sumber ikan.

Katanya, pendapatan nelayan akan terjejas jika keadaan itu berterusan.

"Ikut saiz pukat ditetapkan, selain boleh guna rawai dan bubu, tetapi jangan guna karan elektrik, bom serta tuba.

"Kita benarkan pelepasan benih ikan, tapi biar ikan asli dari perairan kita, bukan ikan dari spesies luar seperti ikan raja, keli Afrika, baung merah, patin Mekong, peacock bass dan jenis pemangsa," katanya.

Tahun lalu, 100,000 benih pelbagai spesies ikan dan 500,000 benih udang galah dilepaskan di perairan antara Chenderoh dan Kenering.

Tahun ini, pihaknya akan melepaskan lagi anak baung, lantai (kacukan lampam dan kerai), patin, lampam ekor merah dan udang galah.

Berita Harian X