Rabu, 30 September 2020 | 8:49pm

Pakej menarik The Taaras Beach & Spa Resorts hingga 2021

KUALA LUMPUR: The Taaras Beach & Spa Resorts di Pulau Redang, Terengganu menawarkan beberapa pakej percutian menarik kepada pengunjung dan akan terus beroperasi sepanjang musim tengkujuh yang dijangka bermula akhir Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Land & Resorts, Syed Ali Shahul Hameed, berkata The Taaras Beach & Resort akan terus dibuka dan pastinya mampu menjadi lokasi percutian cukup ideal buat pengunjung sehingga akhir tahun ini.

"Kami akan sentiasa membuka pintu dengan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pengunjung sehingga akhir Disember ini.

"Lebih tepat lagi, The Taaras Beach & Spa Resorts tidak ditutup biarpun musim angin monsun dikatakan akan bermula pada akhir Oktober ini.

Meskipun, keseluruhan resort pulau di negeri Pantai Timur Semenanjung ditutup kepada pelancong bermula November sehingga Februari saban tahun, The Taaras Beach & Spa Resort yang terletak di Pulau Redang kekal beroperasi sepanjang tahun sejak 2019.Istimewanya, resort ini adalah ia dilindungi dua teluk, menjadikan destinasi pelancongan unik di pulau berkenaan untuk terus beroperasi sehingga hujung tahun dan ketika musim monsun.

"Apa yang menarik, kami tawarkan beberapa pakej istimewa dan jangan lepaskan peluang ini dengan harga yang menarik yang sukar untuk dilepaskan.

"Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda, bawalah keluarga tersayang untuk menikmati percutian di Taaras Beach & Spa Resorts yang mana pintu kami sentiasa terbuka sehingga akhir tahun ini," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Land & Resorts, Syed Ali Shahul Hameed.
Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Land & Resorts, Syed Ali Shahul Hameed.

Oleh demikian, Syed Ali berkata, The Taaras Beach & Spa Resort menawarkan tujuh pakej menarik untuk pengunjung yang sukar untuk dilepaskan.

The Taaras Beach & Resort yang menghadap laut China Selatan ini mempunyai 158 suite serta bilik serta villa peribadi dengan lima bilik menampilkan hiasan dalaman tropika moden.

Sebelum ini, resort berkenaan pernah diiktiraf TripAdvisor sebagai pemenang Anugerah Pilihan Pengembara 2020 dan menduduki kedudukan 10 teratas bagi perniagaan hospitaliti dunia.

Bukan sahaja menampilkan penginapan mewah, resort ini turut dilengkapi makmal Unit Penyelidikan Penyu Laut yang menyediakan maklumat mengenai aktiviti konservasi dan pendidikan penyu.

Fasiliti penyelidikan itu diuruskan oleh sekumpulan saintis dan pembantu penyelidikan terlatih dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Selain acara sukan pantai, pengunjung juga boleh bersantai bermain ombak di pantai, selam skuba, berenang, snorkling atau berlayar dengan kapal layar di sepanjang teluk sekitar resort.

Tiba masanya untuk anda merancang percutian hujung tahun di The Taaras Beach & Spa Resort, Pulau Redang

Kami akan terbangkan anda

Beli Pakej Harga Flexi Terbaik kami dengan penginapan minimum dua hingga empat (2 hingga 4 malam) dan terbang secara percuma ke syurga percutian terkenal dengan pasir putih dan lautan jernih bagaikan kristal.

Harga bermula daripada RM1,800 bersih seorang (twin sharing) termasuk:

• Penginapan berserta sarapan pagi

• Penerbangan pergi dan balik dari Lapangan Terbang Subang - Lapangan Terbang Redang

Pengangkutan pergi balik percuma dari Lapangan Terbang Redang ke Resort

Terma dan Syarat:

• Tawaran sah untuk tempahan sehingga 21 Februari 2021 dan penginapan bermula dari 1 November 2020 hingga 28 Februari 2021

• Tarikh tempahan yang tidak termasuk di dalam pakej ialah pada 30 November sehingga 4 Disember 2020, dan dari 11 Februari sehingga 16 Februari 2021

• Tawaran ini hanya sah dengan Pakej Harga Flexi Terbaik sahaja

• Cukai pelancongan dikecualikan pada tempoh 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021.

• Tawaran ini tidak termasuk bagi tempahan berkumpulan dan/atau digunakan bersama promosi/tawaran yang lain.

• Bilik bergantung kepada ketersediaan semasa tempahan dibuat

• Bayaran pembatalan 100 peratus akan dikenakan untuk pembatalan yang dilakukan dalam tempoh 14 hari sehingga ke tarikh ketibaan.

• Pihak resort berhak untuk mengubah atau meminda tawaran tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Asean All Day Dining menyajikan pelbagai juadah.
Asean All Day Dining menyajikan pelbagai juadah.

Jualan Percutian Akhir Tahun

• Menginap bersama kami untuk minimum dua malam dan nikmati potongan sebanyak 50 peratus dengan harga fleksibel terbaik kami.

• Tawaran bermula daripada RM450 bersih sebilik untuk satu malam bagi 2 orang, termasuk:

• Penginapan 2 malam di Cliff Hill Deluxe

• Pek Kebersihan Selamat Datang

• Sarapan pagi setiap hari untuk 2 orang

Terma & Syarat

• Tawaran sah untuk tempahan sehingga 31 Disember 2020 dan penginapan bermula dari 1 November2020 hingga 28 Februari 2021

• Cukai pelancongan dikecualikan mulai 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021.

• Tarikh penginapan terkecuali akan diguna pakai

• Tawaran ini tidak termasuk bagi tempahan berkumpulan dan/atau digunakan bersama promosi/tawaran yang lain.)

• Tiada pembatalan atau pertukaran dibenarkan, penalti penuh sepanjang tempoh penginapan akan dikenakan

• Tiada pembayaran balik untuk jumlah nilai tempahan semasa membuat tempahan

• Pihak Resort berhak untuk mengubah tawaran tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Diskaun 20 peratus bagi pakej terpilih

Tempoh Tempahan: Sehingga 27 Februari 2021

Tempoh Penginapan: Mulai 16 Oktober 2020 sehingga 28 Februari 2021

Beach Brasserie yang menghadap laut memberi ketenangan kepada pengunjung untuk menjamu selera.
Beach Brasserie yang menghadap laut memberi ketenangan kepada pengunjung untuk menjamu selera.

Drive to Paradise

Tol anda, kami bayarkan. Lebih selesa memandu ke Pulau Redang? Kini kami akan membayar semula bayaran tol dengan pakej yang telah kami sediakan untuk anda dan yang tersayang.

Pakej bermula daripada RM 1,200 bersih untuk seorang (twin sharing), termasuk:

• Penginapan dua malam beserta bufet sarapan

• Pek Kebersihan Selamat Datang

• Bayaran balik tol sehala sehingga RM300 semasa mendaftar keluar

• Minuman selamat datang menyegarkan dan daftar masuk pantas

• Kredit makanan dan minuman bernilai RM300 bersih setiap penginapan, boleh digunakan di semua outlet

• Pengangkutan laut pergi balik dari Jeti Merang Waterfront ke Pulau Redang

• Daftar keluar ekspres atas permintaan

• Pengangkutan pergi balik percuma dari Jeti Redang ke resort

Terma & Syarat

• Tarikh penginapan terkecuali boleh diguna pakai

• Cukai pelancongan dikecualikan mulai 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021.

• Resit bayaran tol hendaklah disertakan semasa mendaftar keluar untuk proses pembayaran balik

• Tawaran ini tidak termasuk bagi tempahan berkumpulan dan/atau digunakan bersama promosi/tawaran yang lain.

• Tiada pembatalan atau pertukaran dibenarkan, penalti penuh sepanjang tempoh penginapan akan dikenakan

• Tiada pembayaran balik untuk jumlah nilai tempahan semasa membuat tempahan

• Pihak Resort berhak untuk mengubah tawaran tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Pakej Tawaran Suite

Jadikan penginapan anda di suite kami lebih manis dengan pelbagai keistimewaan eksklusif apabila anda menempah Pakej Tawaran Suite kami.

Pakej bermula daripada RM4,700 bersih untuk 2 orang termasuk:

• Penginapan empat malam berserta sarapan pagi

• Pek Kebersihan Selamat Datang

• Hidangan buah-buahan selamat datang di bilik

• Satu set/bufet makan malam di Asean All Day Dining

• Satu set makan malam berserta segelas wain di The Beach Brasserie setiap orang

• Satu set Jamuan Teh Inggeris berserta kopi/teh

• Satu trip snorkeling dengan dua tempat pilihan

• Isian semula mini bar setiap hari

Terma & Syarat:

• Harga dinyatakan termasuk 6 peratus cukai jualan & perkhidmatan

• Tarikh penginapan terkecuali akan diguna pakai

• Cukai pelancongan dikecualikan mulai 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021.

• Tawaran ini tidak termasuk bagi tempahan berkumpulan dan/atau digunakan bersama promosi/tawaran yang lain.

• Tiada pembatalan atau pertukaran dibenarkan, penalti penuh sepanjang tempoh penginapan akan dikenakan

• Tiada pembayaran balik untuk jumlah nilai tempahan semasa membuat tempahan

• Pihak Resort berhak untuk mengubah tawaran tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Honeymoon Suite.
Honeymoon Suite.

Stay 6 Pay 5

Percutian panjang amat sesuai untuk anda beristirahat dari kesibukan harian anda. Kini dengan pakej Stay 6 Pay 5 kami, anda tidak perlu berebut untuk memenuhi jadual bercuti anda kerana inilah peluang untuk anda berehat dan menerokai Pulau Redang bersama kami.

Pakej bermula daripada RM7,080 bersih untuk 2 orang termasuk:

• Penginapan enam malam dengan sarapan pagi setiap hari untuk duaorang

• Pek Kebersihan Selamat Datang

• Set/Bufet makan malam setiap hari untuk dua orang

Terma & Syarat

• Cukai pelancongan dikecualikan mulai 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021.

• Bilik bergantung kepada ketersediaan semasa tempahan dibuat

• Tawaran ini tidak termasuk bagi tempahan berkumpulan dan/atau digunakan bersama promosi/tawaran yang lain.

• Tiada pembatalan atau pertukaran dibenarkan, penalti penuh sepanjang tempoh penginapan akan dikenakan

• Tiada pembayaran balik untuk jumlah nilai tempahan semasa membuat tempahan

• Pihak Resort berhak untuk mengubah tawaran tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Ocean Front Suite.
Ocean Front Suite.

Unwind & Rejuvenate Retreat – Spa & Kesihatan

Larikan diri daripada kekusutan kehidupan kota untuk hujung minggu yang sihat dan menyegarkan di satu-satunya resort mewah di Pulau Redang.

Pakej bermula daripada RM1,725 bersih seorang setiap pakej (twin sharing)

Pakej termasuk:

• Penginapan tiga malam berserta bufet sarapan pagi setiap hari

• Pek Kebersihan Selamat Datang

• Minuman selamat datang menyegarkan dan daftar masuk ekspres

• Daftar masuk awal & daftar masuk lewat (tertakluk kepada ketersediaan bilik)

• Jelajah alam semula jadi mendamaikan ke Eagle Rock Trek

• Set Makan Tengah Hari Healthy Goodness di Asean All Day Dining

• Set/Bufet makan tengah hari di Asean All Day Dining

• Kotak Makan Malam Pengalaman Eksklusif Healthy Dinner dalam bilik untuk dua orang

• Set/Bufet makan malam di Asean All Day Dining

• Makan malam BBQ di Bayu Bar untuk dua orang

• Urutan aromaterapi segar 60 minit berserta minuman herba di The Taaras Spa untuk dua orang

• Daftar keluar ekspres atas permintaan

• Pengangkutan pergi balik percuma ke Jeti Redang

Terma & Syarat

• Cukai pelancongan dikecualikan mulai 1Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021.

• Tawaran ini tidak termasuk bagi tempahan berkumpulan atau digunakn bersama promosi tawaran yang lain.

• Tiada pembatalan atau pertukaran dibenarkan, penalti penuh sepanjang tempoh penginapan akan dikenakan.

• Tiada pembayaran balik untuk jumlah nilai tempahan semasa membuat tempahan.

• Pihak Resort berhak untuk mengubah tawaran tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Ocean Retreat

Tempah penginapan anda dengan tawaran Ocean Retreat serta nikmati sarapan pagi dan makan malam yang menyelerakan daripada kami. Serahkan urusan pengangkutan darat dan laut anda kepada kami yang akan membawa anda pergi-balik dari lapangan terbang ke resort kami.

Pakej bermula daripada RM2,700 bersih untuk 2 orang termasuk:

• Penginapan 2 malam berserta sarapan pagi setiap hari untuk 2 orang

• Pek Kebersihan Selamat Datang

• Set/Bufet makan malam setiap hari

• Akses dan jamuan di The Taaras Lounge di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

• Pengangkutan bot dan darat pergi-balik (Lapangan Terbang Kuala Terengganu - Jeti Merang - Jeti Redang

• Pengangkutan percuma (Jeti Redang - Resort)

Terma & Syarat

• Tarikh penginapan terkecuali boleh diguna pakai

• Tambah pembayaran RM 150 seorang untuk menikmati set bufet makan tengah hari

• Cukai pelancongan dikecualikan mulai 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021.

• Pihak resort berhak mengubah tawaran tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan layari https://www.thetaaras.com atau hubungi kami di talian 09-630 8888.

Berita Harian X