Ahad, 16 Ogos 2020 | 10:30am
Gua Niah adalah gua batu kapur yang terbesar di dunia.- Foto/Ihsan Tourism Sarawak.
Gua Niah adalah gua batu kapur yang terbesar di dunia.- Foto/Ihsan Tourism Sarawak.

Kempen 'Sia Sitok Sarawak'

USAHA meningkatkan industri pelancongan negara menjadi keutamaan semua pihak selepas terjejas teruk susulan pandemik COVID-19.

Bagi Sarawak tidak ketinggalan menawarkan pelbagai kempen bagi memastikan pelancongan domestik mampu berkembang lebih pesat lagi.

Justeru, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) mengumumkan Kempen Pelancongan Dalam Negeri 'Sia Sitok Sarawak' (atau Ke Sana Ke Sini Sarawak) untuk meningkatkan usaha dan aktiviti pelancongan Negeri.

Kempen ini memberi peluang kepada warga Sarawak dan pemastautin di Sarawak yang mempunyai permit kerja sah untuk mengalami serta menikmati keindahan di bumi Kenyalang ini dengan diskaun sehingga 50 peratus.

Kempen Sia Sitok Sarawak menawarkan lebih daripada 30 tarikan dan aktiviti menarik di Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Mulu.

Pakej itu merangkumi lawatan sehari dan lawatan semalaman serta pakej pelancongan dengan penginapan dan makanan.

Baik untuk pelancong tunggal, berpasangan, keluarga dengan anak-anak, percutian hujung minggu, bermain golf, menyelam atau hanya untuk menikmati alam semula jadi. Pasti ia untuk memenuhi kehendak setiap orang.

Antara pakej dan aktiviti menarik termasuk Sarawak Sunset River Cruise, Irrawady Dolphin River Cruise di Santubong, Bird Watching di Taman Negara Kubah, lawatan sambil menyelam di Pulau Satang, Evening Kuching Wetland Tour, Taman Negara Bako, lawatan ke Taman Negara Tanjung Datu.

Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna, sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal utama di Sarawak. Foto/Tourism Sarawak
Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna, sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal utama di Sarawak. Foto/Tourism Sarawak

Turut ditawarkan adalah Miri Golfing di Eastwood Golf Club, Pakej Menyelam (3H/2M), lawatan ke Sungai Rajang dan Rumah Panjang, lawatan ke perkampungan Bintangor & Sarikei, Bintulu Explorer (2H/1M), menerokai Mukah – kediaman Melanau (3H/2M), Silabur Caving & Hiking, pakej bermalam di Kg Sting dan macam-macam lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor, berkata "Sia Sitok Sarawak memberi peluang kepada rakyat Sarawak untuk menikmati dan mengunjungi tempat yang belum pernah mereka lawati sebelum ini, dan menjadi duta untuk pelancongan Sarawak di masa hadapan.

Kempen ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif dan rangsangan industri pelancongan tempatan untuk membantu memulihkan eko-sistem pelancongan yang terkesan dari pandemik (COVID-19)."

"Dalam menjayakan kempen ini, kami sentiasa prihatin terhadap keadaan wabak itu. Oleh itu, tumpuan akan diberikan kepada destinasi di kawasan zon hijau, di samping memastikan pengusaha pelancongan dan peserta industri mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Kempen Sia Sitok Sarawak yang dibuka untuk tempahan mulai sekarang hingga 15 Oktober depan diadakan dengan kerjasama Sarawak Tourism Federation (STF).

STF menyediakan platform tempahan dan 'payment gateway' untuk kempen itu.

Kempen ini akan memberi keutamaan kepada barisan hadapan termasuk pekerja hospital, doktor dan jururawat asing, Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA, Tentera Darat, APMM, bomba, kakitangan SDMC dan lain-lain terbabit dalam usaha bantuan COVID-19 sebagai penghargaan kepada dedikasi mereka dalam mengawal jumlah kes.

Ia juga akan memberi peluang untuk mereka berehat sambil melancong dan menikmati keindahan Sarawak.

Perkampungan tradisional Melanau antara keunikan mempamerkan salah satu etnik di negeri di bawah bayu.- Foto/Ihsan Tourism Sarawak.
Perkampungan tradisional Melanau antara keunikan mempamerkan salah satu etnik di negeri di bawah bayu.- Foto/Ihsan Tourism Sarawak.

Berita Harian X