Jumaat, 16 September 2022 | 8:30am
Naskhah dari Bangladesh, Din - The Day arahan sutradara Iran, Morteza Atashzamzam mula ditayangkan di 10 pawagam utama di Malaysia, hari ini dengan tambahan 10 lagi premis, minggu depan.
Naskhah dari Bangladesh, Din - The Day arahan sutradara Iran, Morteza Atashzamzam mula ditayangkan di 10 pawagam utama di Malaysia, hari ini dengan tambahan 10 lagi premis, minggu depan.

Filem Bangladesh ditayang di Malaysia

KUALA LUMPUR: Menawarkan kepelbagaian kepada pencinta filem, naskhah dari Bangladesh, Din - The Day arahan sutradara Iran, Morteza Atashzamzam mula ditayangkan di 10 pawagam utama di Malaysia, hari ini dengan tambahan 10 lagi premis, minggu depan.

Penerbit dan pelakon utama filem itu, Ananta Jalil, berkata sambutan terhadap filem Din - The Day amat memberangsangkan dengan semua tiket slot tayangan perdana di tiga skrin berasingan di TGV KLCC, hari ini, habis terjual.

"Saya percaya jambatan budaya sudah terbina antara rakyat Bangladesh yang bekerja di sini dan penduduk Malaysia dengan kemasukan filem ini.

"Saya berpandangan ada peluang untuk penerbit filem Malaysia dan Bangladesh bekerjasama bagi menghasilkan filem yang dapat menarik minat rakyat kedua-dua negara," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, kelmarin.

Watak utama, Ananta dan Barsha tiba di Kuala Lumpur, Selasa lalu dalam rangka lawatan bagi mempromosi filem Din - The Day.
Watak utama, Ananta dan Barsha tiba di Kuala Lumpur, Selasa lalu dalam rangka lawatan bagi mempromosi filem Din - The Day.

Din - The Day mengisahkan kejayaan polis Bangladesh dan Interpol menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menyasarkan pekerja imigran Bangladesh.

Ananta yang memegang watak utama dalam filem itu berganding dengan Barsha, tiba di Kuala Lumpur, Selasa lalu dalam rangka lawatan bagi mempromosi filem berkenaan.

Ananta dan Barsha yang juga pasangan suami isteri akan bersama penonton pada sesi tayangan di TGV KLCC, hari ini disusuli MMC City Square, Johor Bahru, lusa.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim, berkata penerbit tempatan diharap mengambil peluang menjalin usaha sama dengan penerbit filem Bangladesh.

Berita Harian X