Isnin, 17 Jun 2024 | 2:07pm
Pelakon dan Pelawak, Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, 26, (tengah) bersama Pengerusi Masjid Air Hitam, Muhamad Nor Abd Kadir (dua dari kanan) selepas melakukan ibadah korban di Masjid Kariah Air Hitam, Bahau. - Foto NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA
Pelakon dan Pelawak, Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, 26, (tengah) bersama Pengerusi Masjid Air Hitam, Muhamad Nor Abd Kadir (dua dari kanan) selepas melakukan ibadah korban di Masjid Kariah Air Hitam, Bahau. - Foto NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA

Pelawak Namie curi masa laksana ibadat korban

BAHAU: Dalam kesibukan karier seni, pelawak Namie tidak ketinggalan melaksanakan ibadat korban dan memeriahkan suasana program itu yang dianjurkan di Masjid Kariah Air Hitam, di sini.

Namie atau nama sebenar, Najmi Shaharudin, 26, teruja apabila berpeluang melakukan ibadat korban bersama keluarga.

"Walaupun agak sibuk selepas menjadi artis dua tahun lalu, Aidiladha pasti saya balik kampung bagi meraikannya dan melakukan ibadat korban.

"İni dapat mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak di Kampung Sungai Lui, tidak jauh dari sini.

"Saya hadir bersama kedua-dua orang tua dan kakak yang juga mengambil bahagian dalam program korban ini," katanya di sini, hari ini.

Namie berkata, selepas dua tahun dikenali sebagai artis versatil, dia tetap orang kampung.

"Ibadat korban ini dianggap peluang untuk saya membalas jasa orang kampung dan berjumpa kawan-kawan lama.

"Seronok melihat kesepakatan orang ramai bergotong-royong dalam melakukan ibadat korban dengan pelbagai aktiviti lain," katanya.

Namie berkata, baginya program yang dianjurkan pengurusan Masjid Kariah Air Hitam memberi peluang kepadanya merasai suasana meriah dan melayani peminat.

"Terima kasih kepada Pengerusi Masjid Kariah Air Hitam, Muhamad Nor Abd Kadir dan ahli

jawatankuasa yang banyak membantu sepanjang program berlangsung.

Sementara itu, Muhamad Nor, 53, berkata, sebanyak 14 ekor lembu dikorbankan

kali ini.

"Hilang penat apabila melihat ramai hadir.

Lebih seronok ramai yang bersedekah seperti makanan, kuih, buah-bushman dan aiskrim. Inilah budaya kita terutama orang Melayu yang ringan tulang membantu," katanya.

Yang turut hadir pada program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Mohd Razi Mohd Ali.

Berita Harian X