Rabu, 8 Mei 2024 | 3:01pm
Atta berkongsi, Ameena petah dan bijak berkata-kata kemungkinan disebabkan anaknya melihat apa yang dilakukan setiap hari. - Foto IG Atta Halilintar
Atta berkongsi, Ameena petah dan bijak berkata-kata kemungkinan disebabkan anaknya melihat apa yang dilakukan setiap hari. - Foto IG Atta Halilintar

Anak ikut jejak Atta Halilintar

KUALA LUMPUR: Bergelar bapa kepada dua cahaya mata perempuan pada usia masih muda bukan tanggungjawab mudah digalas oleh pempengaruh media sosial Indonesia, Atta Halilintar.

Gembira kehadiran Ameena Hanna Nur Atta dan Azura Humaira Nur Atta, selebriti berusia 29 tahun ini berkata, dia masih belajar untuk menjadi bapa terbaik untuk anak-anaknya.

"Saya gembira kehadiran Ameena dan Azura. Ramai yang bercakap mengenai mereka di Malaysia mahupun Indonesia, tetapi masih banyak perlu saya belajar untuk menjaga anak perempuan.

"Anak perempuan ini tanggungjawab atas bapa sampai berkahwin. Saya akui masih belajar menjadi bapa baik untuk mereka," katanya yang ditemui ketika sidang media pelancaran lagu kolabarasi pertama dengan penyanyi rap Malaysia, Kidd Santhe dan Saixse berjudul Mantap Cuy di Flour, Fire & Stone, Petaling Jaya. baru-baru ini.

Atta dan Aurel Hermansyah dikurniakan dua cahaya mata perempuan Ameena, 2, dan Azura, 5 bulan. - Foto IG Atta Halilintar
Atta dan Aurel Hermansyah dikurniakan dua cahaya mata perempuan Ameena, 2, dan Azura, 5 bulan. - Foto IG Atta Halilintar

Dalam pada itu, Atta memberitahu, dia terbuka berkongsi mengenai Ameena di laman sosial kerana ramai peminat mendoakan dan menyayangi puteri sulungnya.

"Banyak gambar dan video Ameena dirakam. Selagi orang mendoakan dan suka dengan Ameena, saya akan terus membuat hantaran.

"Kalau dulu orang akan bertanya mengenai saya dalam laman sosial, tetapi sekarang setiap hantaran pasti orang bertanya mengenai Ameena. Ternyata, Ameena memiliki aura yang tersendiri," ujarnya.

Sementara itu, Atta memberitahu, Ameena petah dan bijak berkata-kata kemungkinan disebabkan anaknya melihat apa yang dilakukan setiap hari.

"Mungkin Ameena sudah terbiasa tengok saya bercakap depan kamera, buat vlog, jadi dari situ, belajar.

"Kalau anak melihat orang tuanya menyanyi, dia akan menyanyi juga. Apa sahaja orang tuanya buat, dia akan ikut," katanya.

Atta mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aurel Hermansyah pada 3 April 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan Ameena, 2, dan Azura, 5 bulan.

Berita Harian X