Ahad, 14 April 2024 | 11:37am
Marissa memuat naik foto selfie bersama Misya berserta kapsyen menggambarkan hubungan dalam keadaan baik selepas bermadu. - Foto IG Marissa Dania Hakim
Marissa memuat naik foto selfie bersama Misya berserta kapsyen menggambarkan hubungan dalam keadaan baik selepas bermadu. - Foto IG Marissa Dania Hakim

Marissa, Misya kini berbaik selepas bermadu

KUALA LUMPUR: Tindakan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim berkongsi foto bersama madunya, Umisya Mazlan dilihat meleraikan segala spekulasi mengenai kekeruhan hubungan mereka.

Melalui perkongsian di Instagram (IG), Marissa memuat naik foto selfie bersama Umisya atau Misya berserta kapsyen yang menggambarkan hubungan dalam keadaan baik selepas bermadu.

"Sesetengah andaian perlukan penjelasan betul?" tulis Marissa pada kapsyen foto berkenaan.

Foto dimuat naik Marissa itu juga seakan-akan ingin memberikan jawapan kepada netizen mengenai hubungannya bersama Misya selepas ada segelintir yang mendakwa hubungan 'dingin' sejak bergelar madu.

Sebelum ini, melalui entri di IG, Misya mengesahkan masih lagi bergelar suami isteri, malah tetap menyambut Hari Raya bersama.

"Ya kami masih bersama. Yang bertanya, ya. Kami masih bersama, Misya tak suka nak dedahkan atas asbab tertentu," tulis Umisya pada kapsyen foto yang dimuat naik bersama Aslam.

Pada awal Aidilfitri lalu, Abby memuat naik video pendek di IG yang menyaksikan Marissa bersama suaminya, Aslam bersalam dan mengucup tangannya dalam satu pertemuan.

Momen penuh bermakna itu sekali gus membuktikan hubungan yang pernah keruh antara mereka kembali jernih sempena Syawal ini.

Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Kisah pasangan ini tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan Misya sehingga bercerai.

Berita Harian X