Jumaat, 12 April 2024 | 9:04pm
Misya dan Aslam masih lagi bergelar suami isteri, malah tetap menyambut Aidilfitri bersama. - Foto IG Misya
Misya dan Aslam masih lagi bergelar suami isteri, malah tetap menyambut Aidilfitri bersama. - Foto IG Misya

Elak fitnah, Misya mengesahkan masih isteri Aslam

KUALA LUMPUR: "Ya kami masih bersama," katanya.

Demikian perkongsian isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan atau lebih mesra dengan panggilan Misya yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim.

Misya menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG) malam tadi mengesahkan, dia dan Aslam masih lagi bergelar suami isteri, malah tetap menyambut Hari Raya bersama.

"Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dari kami.

"Yang bertanya, ya. Kami masih bersama, Misya tak suka nak dedahkan atas asbab tertentu.

"Bukan sebab 'competition', 'jealousy' dan lain-lain. Untuk kenangan dan mengelak fitnah hari ini Misya muat naik gambar raya bersama yang diambil masa Hari Raya pertama," katanya.

Dalam hantaran sama, Misya berkata, sebagai wanita yang bijak, dia memilih tidak memanjangkan perdebatan.

"Seorang wanita yang bijak memilih berhenti bertelagah kerana Allah, dengan seseorang yang jelas ditunjukkan mereka enggan mendengar atau memahami. Tiada benci," katanya.

Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Kisah pasangan ini tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan Misya sehingga bercerai.

Berita Harian X