Khamis, 4 April 2024 | 6:17pm
Bella bersama ibu bapa yang menetap bersamanya di Kuala Lumpur. - Foto IG Bella Astillah
Bella bersama ibu bapa yang menetap bersamanya di Kuala Lumpur. - Foto IG Bella Astillah

Ibu Bella enggan ulas isu anak didakwa curang dengan menantu

KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah enggan mengulas sama ada masih berhubung dengan anaknya yang didakwa curang dengan menantunya yang juga penyanyi Aliff Aziz.

Siti Zarina yang menemani anak sulungnya, Bella untuk sebutan kedua kes perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, hari ini berkata, dia kurang selesa berkongsi secara terbuka kerana mahu masalah diselesaikan bersama keluarga.

"Saya tak nak komen soal itu, nanti kami akan selesaikan antara keluarga sahaja," jawabnya ringkas.

Siti Zarina kelihatan sedih tidak tahu bagaimana hendak mengulas keputusan Aliff enggan menceraikan Bella kerana mendakwa masih sayangkan perkahwinan mereka.

"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya akan terus berada di belakang Bella.

"Saya tak suka kongsikan masalah dalam media sosial. Sebab itulah, saya lebih banyak mendiamkan diri.

"Hanya Bella dan saya tahu apa yang saya buat untuknya," katanya.

Semalam, Bella mendedahkan suaminya berlaku curang sebanyak 11 kali termasuk dengan adik kandungnya.

Aliff dan adiknya berbalas mesej meminta mendoakan agar hubungan mereka dipermudahkan ketika dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022.

Ekoran itu, kata Bella, dia sanggup membuang adiknya dan tidak lagi pulang ke Sabah kerana terlalu menyanjungi suaminya.

Berita Harian X