Selasa, 2 April 2024 | 8:31am
Fizo Omar (kiri) turut hadir memeriahkan Kempen Janji Berbaloi 149. - NSTP/Sadiq Sani
Fizo Omar (kiri) turut hadir memeriahkan Kempen Janji Berbaloi 149. - NSTP/Sadiq Sani

Janji Berbaloi 149 anjuran TV9, ST Rosyam Mart dapat sambutan hangat

KUALA LUMPUR: Kempen Janji Berbaloi 149, iaitu projek kerjasama antara TV9 dan ST Rosyam yang memasuki tahun ketiga di cawangan terbaharu pasar raya itu di Semenyih, Sabtu lalu, mendapat sambutan hangat komuniti tempatan.

Ditunggu-tunggu pengguna, lebih 200 pengunjung beratur seawal jam 8.30 pagi bagi mendapatkan pek istimewa pada harga serendah RM1.49 yang ditawarkan kepada 250 pembeli terawal pada kempen Janji Berbaloi 149.

Projek ini dianjur bagi menyemarakkan Ramadan seiring kempen Ramadan dan Syawal anjuran Media Prima Berhad (MPB), iaitu RaRa Macam Dulu-Dulu.

Pengurus Besar Program dan Kandungan Penyiaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman, berkata Janji Berbaloi 149 bertujuan memberi penghargaan kepada penonton setia TV9 dan pelanggan ST Rosyam.

"Sambutan di cawangan baharu ST Rosyam ini sangat meriah hingga jualan pek istimewa bernilai RM1.49 laris tidak sampai 30 minit.

"Sempena Ramadan, kami tawarkan 250 pek iaitu satu pek untuk satu keluarga bagi pengunjung terawal.

"Pek istimewa bernilai lebih RM60 itu ditawar bagi meraikan penonton setia yang menyokong TV9 sehingga menjadi stesen televisyen nombor dua di Malaysia," katanya.

Sebahagian pengunjung Kempen Janji Berbaloi 149 di ST Rosyam Mart Semenyih, Sabtu lalu. - NSTP/Sadiq Sani
Sebahagian pengunjung Kempen Janji Berbaloi 149 di ST Rosyam Mart Semenyih, Sabtu lalu. - NSTP/Sadiq Sani

Tawaran pek istimewa RM1.49 bermula jam 10 pagi, Sabtu lalu, hingga stok habis. Pek istimewa itu mengandungi mengandungi barang keperluan asas seperti beras lima kilogram, minyak masak, gula dan telur ayam.

Selain mendapatkan pek istimewa Janji Berbaloi 149, pengunjung berpeluang beramah mesra dengan penyampai berita Buletin TV9, iaitu Asri Badrun dan Barr Zaizan.

Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon terkenal dan hos Nasi Lemak Kopi O, Fizo Omar.

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Facebook (FB), Instagram (IG) dan Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial.

Layari http://www.xtra.com.my untuk perkembangan terkini mengenai program TV9. Fizo Omar (kiri) turut hadir memeriahkan Janji Berbaloi 149.

Berita Harian X