Sabtu, 30 March 2024 | 10:19am
Antara selebriti yang akan memeriahkan program Janji Berbaloi 149 di St Rosyam Mart, Semenyih, pagi ini. Foto Ihsan TV9
Antara selebriti yang akan memeriahkan program Janji Berbaloi 149 di St Rosyam Mart, Semenyih, pagi ini. Foto Ihsan TV9

Barang dapur RM1.49

KUALA LUMPUR: TV9 bekerjasama dengan ST Rosyam Mart untuk berkongsi rezeki sempena keberkatan Ramadan dengan menawarkan pakej barangan dapur terpilih pada harga istimewa serendah RM1.49 khas buat pengunjung yang terawal.

Janji Berbaloi 149 berlangsung di cawangan terbaharu ST Rosyam Mart bertempat di Semenyih bermula pada jam 10 pagi, hari ini.

Ini merupakan tahun ketiga TV9 menganjurkan kempen Janji Berbaloi dalam meringankan beban orang ramai bersempena dengan kempen Ramadan Raya Media Prima, RaRa Macam Dulu-Dulu.

Pengurus Besar Program dan Kandungan Penyiaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman berkata pihaknya berasa syukur dapat menjayakan program berkenaan.

"Kami sangat gembira dan teruja kerana sekali lagi dapat menjayakan kempen Janji Berbaloi ini. Objektif kita ialah ingin membantu dan meringankan beban orang ramai di musim perayaan ini.

"Oleh itu, kita menawarkan barangan keperluan asas di dalam pek Janji Berbaloi (yang mengandungi beras seberat 5 kilogram (kg), minyak masak 2 kg, gula 1 kg dan telur ayam 15 biji) pada harga RM1.49 sahaja.

"Kami berharap dapat menerima sambutan positif daripada penonton TV9 seperti tahun-tahun lalu dan jangan ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan lagi kempen ini." katanya.

Tambahnya, selain daripada pembelian pek istimewa ini, TV9 turut membawakan khas dua lagenda Senario iaitu Wahid dan Yassin bagi menzahirkan penghargaan buat semua penonton setia TV9 bersempena dengan tayangan istimewa filem-filem popular Senario di Hari Raya Aidilfitri nanti.

Turut hadir bagi memeriahkan suasana ialah hos program bual bicara TV9, Nasi Lemak Kopi O iaitu Fizo Omar.

Jangan lepaskan peluang ini kerana TV9 menawarkan pakej produk masakan harian terhad kepada 250 orang terawal sahaja dengan harga istimewa serendah RM1.49.

Barangan keperluan dapur yang terpilih ini ditawarkan hanya pada 30 Mac sahaja.

Jom bersama-sama memeriahkan kempen Janji Berbaloi 149 bertempat di ST Rosyam Mart, Semenyih. Gunakan tanda pagar #JanjiBerbaloi149 bagi menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Jangan lupa untuk ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini program TV9.

Berita Harian X