Jumaat, 15 March 2024 | 5:44pm
Aliff bersama ibunya, Siti Hafiza. Foto HM Online
Aliff bersama ibunya, Siti Hafiza. Foto HM Online

Ibu tak mahu Aliff putus asa

KUALA LUMPUR: "Ada hari akan rasa sedih dan ada hari gembira, jangan putus asa. Apabila kehidupan menjadi lebih sukar, ingatlah bahawa tiada yang kekal," kata ibu pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil mengenai kes membabitkan anaknya itu yang disyaki berkhalwat bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Siti Hafiza berkata, setiap ujian diterima tidak akan membuat dia berputus asa sebaliknya percaya ada hikmah di sebaliknya.

"Anda telah melalui hari-hari yang baik sebelum ini dan anda akan merasainya lagi selepas ini dengan rahmat-Nya," katanya.

Menerusi luahan yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Hafiza percaya doa adalah jalan terbaik merawat segala perkara dihadapi ketika ini.

"Berhenti berasa risau. Mulakan dengan berdoa dan anda akan merasakan nikmat damai turun ke atas anda. Yakinlah pada Allah.

"Lebih baik bercakap dengan orang tentang masalah anda untuk mendapatkan pandangan dan kepastian mereka. Terima kasih juga kepada Allah atas segala-galanya," katanya.

Malam tadi, Aliff dan Ruhainies akhirnya tampil menjelaskan kejadian sebenar selain menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Berita Harian X