Isnin, 11 March 2024 | 12:09pm
Emma Stone memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi watak Bella Baxter dalam filem Poor Things yang dibintanginya. - Foto AGENSI
Emma Stone memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi watak Bella Baxter dalam filem Poor Things yang dibintanginya. - Foto AGENSI

Emma Stones sebak menang Pelakon Wanita Terbaik

LOS ANGELES: Aktres Emma Stones gagal menahan sebak apabila diumumkan pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi Ke-96 yang berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, di sini, hari ini.

Stone memenangi trofi itu menerusi watak Bella Baxter dalam filem Poor Things yang dibintanginya.

Reaksi spontan itu dapat dilihat ketika Emma menggenggam erat trofi kemenangannya itu.

"Ini bukan mengenai saya seorang sahaja, tetapi juga dibantu oleh pasukan produksi filem ini," katanya.

Ini adalah anugerah Oscar kedua Stone dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik selepas kemenangannya pada 2017 menerusi filem La La Land. - AGENSI

Berita Harian X