Isnin, 11 March 2024 | 11:39am
Billie Eilish memakai pin merah sebagai simbolik kepada permintaan agar gencatan senjata dilaksanakan di Gaza. - Foto AGENSI
Billie Eilish memakai pin merah sebagai simbolik kepada permintaan agar gencatan senjata dilaksanakan di Gaza. - Foto AGENSI

Slogan 'Selamatkan Palestin' bergema di Oscar

LOS ANGELES: Solidariti sejagat terhadap isu Palestin mencuri tumpuan ramai pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-96 di Dolby Theatre di sini, apabila puak pro Palestin berkumpul dan memprotes acara anugerah berprestij itu.

Berkumpul sepanjang laluan karpet merah, puak pro Palestin menjerit setiap kali kelibat bintang dan selebriti Hollywood tiba.

"Anugerah Oscar berlangsung ketika ramai rakyat Gaza sedang dibunuh dan dibom," kata seorang ahli perniagaan berusia 38 tahun, Zinab Nassrou.

Tidak cukup itu, penderitaan rakyat Palestin menarik perhatian sebahagian selebriti yang hadir ke acara itu,

Antara bintang yang menunjukkan solidariti mereka terhadap Gaza adalah penyanyi Billie Eilish dan abangnya, Finneas, yang dilihat memakai pin merah sebagai simbolik kepada permintaan agar gencatan senjata dilaksanakan di Gaza.

Berita Harian X