Isnin, 11 March 2024 | 11:28am
Oppenheimer dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) Ke-96. - Foto AGENSI
Oppenheimer dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) Ke-96. - Foto AGENSI

Oppenheimer menang Filem Terbaik

LOS ANGELES: Filem Oppenheimer diumum Filem Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-96 di Dolby Theatre di sini, hari ini.

Filem arahan Christopher Nolan itu menewaskan American Fiction, Anatomy of a Fall, Barbie, The Holdovers, Killers of the Flower Moon, Maestro, Past Lives, Poor Things dan The Zone of Interest.

Penerbit, Emma Thomas yang juga isteri kepada pengarah Christopher Nolan menyifatkan momen ini amat dinantikan setiap pembikin filem.

"Saya fikir setiap daripada kita yang menerbitkan filem mengimpikan detik ini. Saya boleh nafikannya, namun, saya akui amat mengimpikannya sejak sekian lama," katanya.

Di pentas itu juga, Thomas memberikan ucapan penghargaan kepada suaminya.

"Sebab filem ini menjadi sebuah filem adakah kerana Chris Nolan," katanya.

Kemenangan ini juga melengkapkan senarai kemenangan di acara kali ini untuk filem Oppenheimer selepas Pelakon Lelaki Terbaik disandang teraju utamanya, Cillian Murphy, Nolan (Pengarah Terbaik) dan Robert Downey Jr (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik), Sinematografi Terbaik, Suntingan Filem Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik. - AGENSI

Berita Harian X