Sabtu, 24 Februari 2024 | 7:31pm
Shakilla Khoriri kembali bergelar isteri. Foto @rumahabangjamil
Shakilla Khoriri kembali bergelar isteri. Foto @rumahabangjamil

Shakilla Khoriri kembali bergelar isteri

KUALA LUMPUR: Pelakon, Shakilla Khoriri, 35, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan dikenali sebagai Fariz di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Majlis pernikahan pasangan ini dijalankan secara tertutup dan dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Rakan-rakan artis yang hadir antaranya pelakon, Ramona Zam Zam turut berkongsi gambar bersama pengantin di Instagram (IG).

Turut hadir meraikan mereka ialah bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada.

Pasangan yang berpakaian sedondon putih ini kelihatan gembira menyambut hari bersejarah dan berbahagia buat mereka.

Shakilla pernah bergelar isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali dan dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia.

Mereka bercerai pada Disember 2021.

Berita Harian X