Jumaat, 23 Februari 2024 | 11:38pm
Cubaan menghubungi Shakilla bagi mendapatkan pengesahan mengenai pernikahannya tidak berjaya apabila tidak membalas mesej WhatsApp dan menjawab panggilan telefon. Foto HM Online
Cubaan menghubungi Shakilla bagi mendapatkan pengesahan mengenai pernikahannya tidak berjaya apabila tidak membalas mesej WhatsApp dan menjawab panggilan telefon. Foto HM Online

Shakilla Khoriri nikah esok

KUALA LUMPUR: Pelakon, Shakilla Khoriri, 34, akan melangsungkan pernikahan dengan seorang ahli perniagaan, esok.

Perancang majlis yang dikenali sebagai Luna ketika dihubungi berkata, majlis itu akan diadakan secara tertutup.

"Betul, ia adalah majlis tertutup. Saya pilih untuk tidak kongsikan apa-apa cerita lagi sehingga selesai majlis tertutup ini. Selepas majlis esok, baru kami akan kongsikan visual," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Shakilla bagi mendapatkan pengesahannya tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej WhatsApp dan menjawab panggilan telefon.

Semakan di Instagram (IG) juga tidak berjaya memperoleh sebarang pembayang mengenai apa yang bakal berlaku esok, kecuali luahan rasa penat yang dikongsikan dengan pengikutnya.

"Korang, 'penat' kirim salam! Letih betul akhir-akhir ini, menguruskan banyak benda," tulisnya dalam hantaran terbaharunya.

Menerusi beberapa portal hiburan, pelakon yang juga bekas isteri penyampai radio, Fizi Ali itu bakal berkahwin dengan jejaka yang juga ahli perniagaan.

Shakilla dan Fizi berkahwin pada Februari 2018 dan dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia. Mereka bercerai pada Disember 2021.

Berita Harian X