Sabtu, 17 Februari 2024 | 3:00pm
Ungu dan barisan artis Malaysia akan berkongsi pentas menerusi Konsert Ungu Di Kuantan Bersama Artis Tanah Air di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 4 Mei depan.
Ungu dan barisan artis Malaysia akan berkongsi pentas menerusi Konsert Ungu Di Kuantan Bersama Artis Tanah Air di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 4 Mei depan.

Pesta Muzik Kuantan ditunda 4 Mei

KUALA LUMPUR: Pesta Muzik Kuantan yang dijadualkan berlangsung pada 24 Februari ini di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang ditunda kepada 4 Mei depan.

Penganjur Showpro Entertainment Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, penundaan acara bagi menjaga sensitiviti, toleransi dan menghormati pelbagai kaum dan agama.

Selain itu, nama acara turut ditukar kepada Ungu Di Kuantan Bersama Artis Tanah Air.

"Kami bersetuju tunda pesta berkenaan ke tarikh baharu selepas ambil kira faktor perkembangan isu semasa, selain menghormati pandangan masyarakat terutama umat Islam yang bakal menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

"Keputusan penundaan itu juga dipersetujui secara baik oleh barisan artis dan pihak yang terbabit.

"Kami bertanggungjawab dan prihatin dengan situasi yang berlaku di negara ini," ujarnya.

Bagi mereka yang sudah membeli tiket boleh mengekalkan status pembelian memandangkan hanya berlaku perubahan kepada tarikh konsert.

Ungu Di Kuantan Bersama Artis Tanah Air menampilkan kumpulan popular Indonesia, Ungu dan barisan artis tempatan seperti Ara Johari, Naim Daniel, Khai Bahar, Nabila Razali, Eda Ezrin, Den Manjo dan Aswad Jalil.

Berita Harian X