Isnin, 12 Februari 2024 | 3:26pm
Barisan hos NLKO 2.0 diperkenalkan pada sidang media musim baharu program bual bicara itu di ibu negara, baru-baru ini. Foto NSTP Aziah Azmee
Barisan hos NLKO 2.0 diperkenalkan pada sidang media musim baharu program bual bicara itu di ibu negara, baru-baru ini. Foto NSTP Aziah Azmee

Heliza, suami reda belum ada rezeki timang anak

KUALA LUMPUR: Pengacara program Nasi Lemak Kopi O (NLKO), Datin Seri Nur Heliza Helmi tidak tertekan rumah tangga bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang dibina dua tahun lalu, belum diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.

Heliza mendakwa tidak pernah menangguhkan perancangan memiliki cahaya mata disebabkan jadual kerja padat. Sebaliknya, dia dan suami masih belum belum dikurnia rezeki menimang cahaya mata.

Bagaimanapun, Heliza percaya rezekinya sudah disusun sebaiknya. Malah, dia sentiasa reda dan berlapang dada serta percaya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat dirinya.

"Saya pernah bertanya kepada Ustaz Wadi Annuar berkaitan soal anak ketika kami berada di Makkah. Ustaz Wadi beritahu Allah tahu apa yang terbaik dan meminta saya sentiasa berdoa supaya dikurniakan zuriat diredai.

"Jadi, apabila masih belum dikurniakan anak, bermakna ada sebab kenapa Allah masih belum beri. Apabila kita bersangka baik dengan Pencipta, maka, kita akan jadi reda.

"Bukan kata saya langsung tidak pernah tertekan. Tetapi, apabila kita faham bahasa Tuhan, maka, kita akan lebih mudah terima. Alhamdulillah, setakat ini, saya dan suami tidak pernah sunyi.

"Mungkin kerana kehidupan kami hari-hari sibuk dengan kerja dan di rumah, kami ada bela beberapa ekor kucing. Mereka tidur dengan kami, jadi saya dan suami, tidak sunyi," katanya

Heliza dan suami, Mahadi pada hari pernikahan mereka pada 1 Januari 2022. Foto Ihsan Aqo Imran
Heliza dan suami, Mahadi pada hari pernikahan mereka pada 1 Januari 2022. Foto Ihsan Aqo Imran

ditemui pada majlis memperkenalkan pengacara program NLKO 2.0 di ibu negara, baru-baru ini.

Berbicara mengenai tanggungjawab sebagai pengacara NLKO, Heliza tidak menyangka dikurnia rezeki mengendalikan program bual bicara santai terbitan TV9 itu.

"Teruja dapat mengendalikan NLKO, saya tidak tidur malam setiap kali perlu bersiaran. Saya perlu buat kajian mengenai topik dan tetamu yang ingin ditemubual," katanya yang tidak menganggap tugas baharunya itu sebagai beban, sebaliknya mengujakan.

Berita Harian X