Khamis, 8 Februari 2024 | 12:56pm
Abby dan Norman didakwa sudah bertemu dengan keluarga Aslam sejurus mengetahui berita pernikahan Marissa dan meminta mereka berpisah, namun tidak dipersetujui pasangan itu. - Foto IG Norman Hakim
Abby dan Norman didakwa sudah bertemu dengan keluarga Aslam sejurus mengetahui berita pernikahan Marissa dan meminta mereka berpisah, namun tidak dipersetujui pasangan itu. - Foto IG Norman Hakim

Isu perkahwinan anak kedua, komen Abby Abadi untuk siapa?

KUALA LUMPUR: Masih mengunci mulut selepas heboh isu perkahwinan anak keduanya, Marissa Dania Hakim dengan lelaki dikenali sebagai Aslam sejak semalam, namun hantaran terbaharu Abby Abadi menerusi Instagram Stories (IGs) mengundang perhatian.

Abby menerusi IGs menulis sepotong ayat sangat ringkas.

"Lawan semua dengan doa," tulisnya yang tidak pasti ditujukan kepada siapa.

Selepas berita pernikahan Marissa dengan lelaki berstatus suami kepada dua cahaya mata itu heboh dalam sosial media, Abby mahupun bekas suaminya yang juga pelakon Norman Hakim bertindak mengunci mulut.

Hantaran terbaharu Abby dalam IGs mengundang perhatian, dipercayai berkaitan isu perkahwinan anaknya, Marissa dan Aslam. - Foto IG Abby Abadi
Hantaran terbaharu Abby dalam IGs mengundang perhatian, dipercayai berkaitan isu perkahwinan anaknya, Marissa dan Aslam. - Foto IG Abby Abadi

Usaha wartawan mendapatkan komen Abby dan Norman juga tidak berjaya apabila mereka tidak menjawab panggilan mahupun mesej dihantar.

Semalam, tular berita mengatakan Marissa, 19, dan Aslam, 25, melangsungkan pernikahan di Songkla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Bagaimanapun, isteri kepada Aslam iaitu Misya Mazlan tidak mengetahui berita berkenaan kerana berada di Makkah bagi menunaikan umrah.

Abby dan Norman didakwa sudah bertemu dengan keluarga Aslam sejurus mengetahui berita pernikahan anaknya dan meminta agar berpisah, namun tidak dipersetujui pasangan itu.

Berita Harian X