Rabu, 7 Februari 2024 | 10:37pm
Misya mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dirinya pernah diceraikan Aslam
Misya mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dirinya pernah diceraikan Aslam

Misya beri bayangan Aslam, Marissa Dania sudah berkahwin

[email protected]

KUALA LUMPUR: Perkongsian kakak ipar Aslam iaitu Nadiah Mazlan dalam Instagran Stories (IGs) seolah-olah mengesahkan khabar angin yang mendakwa lelaki itu berkahwin dengan anak pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, 19, di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Nadiah menerusi IGs dilihat berkongsi babak drama Layang-Layang Perkahwinan di mana pelakon utama, Ezzanie Jasny, menuturkan ayat berbunyi, 'i pun masih isteri you, tapi ada you minta izin dekat i masa you nak kahwin lagi satu' kepada suaminya yang dilakonkan Shukri Yahaya.

Kisah perkahwinan anak kedua Norman dan Abby mula bertiup kencang apabila pasangan itu dikatakan sudahpun berkahwin tanpa pengetahuan isteri Aslam iaitu Misya Mazlan ketika wanita itu menunaikan umrah.

Nadiah berkata, adiknya seakan menjauhkan diri daripada mereka sekeluarga, malah langsung tidak berkongsikan apa-apa berkaitan perkahwinan suaminya.

Misya membuat luahan dalam media sosial berhubung gejolak hatinya berdepan isu rumah tangga
Misya membuat luahan dalam media sosial berhubung gejolak hatinya berdepan isu rumah tangga

"Dia tak cerita dan mungkin tak nak cerita sebab benda pun dah jadi.

"Tapi selalu nampak 'repost' di TikTok tentang emosi, luahan, kesengsaraan, penderitaan, sampai jatuh sakit.

"Dia jauhkan diri dari kami, dari semua, aku sedih. Sedih sangat sebab aku paling rapat dengan dia.

"Aku nampak semua tu, aku cuba tak nak fikir, tak nak ambil tahu. Tapi aku tak boleh, jiwa aku sakit, hati aku sakit bila tengok semua tu," luah Nadiah.

Nadiah turut meminta pengikutnya agar menitipkan kata semangat dan nasihat kepada adiknya kerana dia tidak mampu berbuat apa.

"Kakya nak minta tolong, tolong bagi kata-kata semangat dan nasihat pada adik Kakya.

"Masih panjang perjalanan dia. Semoga dia dan anak-anaknya sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah," tulisnya.

Nadiah pada masa sama turut dilihat berkongsi beberapa hantaran yang dimuat naik Misya yang seakan menggambarkan gejolak hatinya.

"Tuhan, tolong tutup rasa ingin tahuku terhadap hal-hal yang kalau aku mengetahuinya membuatku sakit hati, menangis, bahkan sampai membuatku

stress kepikiran berhari-hari, jauhkan dari seharusnya tidak aku ketahui agar aku merasakan ketenangan," kongsi Misya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga mendedahkan ada hari nyaris gila memikirkan apa yang berlaku.

"Ada hari normal, ada hari nyaris jadi gila. Ada hari boleh terima, ada hari bagai tersiksa.

"Ada hari ingin saja mempertikaikan kenapa dan mengapa, ada hari rasa hanya ingin berlapang dada dengan segalanya.

"Itu semua proses dalam menerima takdir di dunia," kongsinya.

Terdahulu, pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan anak perempuan Abby dan bekas suaminya yang juga pelakon popular, Norman Hakim.

Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suami.

Berita Harian X