Ahad, 21 Januari 2024 | 12:28pm
Kejelitaan Dayang Anisha terserlah melalui busana dihasilkan Muhammad Firdaus. IG Teh Firdaus
Kejelitaan Dayang Anisha terserlah melalui busana dihasilkan Muhammad Firdaus. IG Teh Firdaus

Reka busana Dayang Anisha, Teh Firdaus jadi sebutan

KUALA LUMPUR: Bagi peminat fesyen yang mengikuti Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei yang berlangsung pada 7 Januari sehingga 15 Januari lalu, nama pereka muda berbakat besar, Teh Firdaus, menjadi sebutan.

Mana tidaknya, graduan rekaan fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar, Perak itu menjadi kebanggaan negara apabila diberi kepercayaan menghasilkan busana buat Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah Adam.

Muhammad Firdaus berkongsi beberapa foto Dayang Anisha menggayakan busana rekaannya di Instagram. Foto IG Teh Firdaus
Muhammad Firdaus berkongsi beberapa foto Dayang Anisha menggayakan busana rekaannya di Instagram. Foto IG Teh Firdaus

Tidak hanya sepersalinan, sebaliknya, isteri Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, anak lelaki keempat dan anak ke-10 Sultan Brunei itu dilapor memilih tiga busana masing-masing bagi Majlis Khatam al-Quran; Majlis Mandi Berbedak; Istiadat Menghantar dan Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja; serta Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja.

Melalui hantaran Instagram (IG), Firdaus atau nama sebenarnya, Muhammad Firdaus Awang Teh, 33, meluahkan perasaan berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei itu.

Mengiringi hantaran itu, empat foto menampakkan Dayang Anisha mengenakan baju kurung tenunan Brunei rona putih yang digayakan pada Majlis Khatam al-Quran.

Busana indah serba mewah itu menampilkan hiasan kristal pada lengan dan kain serta dipadankan dengan tudung putih dan solekan ringkas.

Sementara itu, dalam temubual eksklusif bersama Astro Awani, Firdaus berkongsi, pengalaman manis itu bertitik tolak daripada pertemuan pertama yang diatur di Brunei pada Jun 2023.

"Sebenarnya individu yang menguruskan pertemuan ini memang selalu buat baju dengan saya sejak 2019. Dia ada hubungi saya mengatakan ada 'seseorang' di sana (Brunei) yang mahu berjumpa saya.

"Saya tidak tahu pun yang orang itu adalah Dayang Anisha. Sampailah hari ketibaan saya di lapangan terbang, saya baru tahu yang saya akan bertemu dengan Dayang Anisha.

Sentuhan Teh Firdaus menjadi pilihan selebriti dan kerabat diraja. - Foto ihsan LinkedIn/Teh Firdaus
Sentuhan Teh Firdaus menjadi pilihan selebriti dan kerabat diraja. - Foto ihsan LinkedIn/Teh Firdaus

- Foto FB Teh Firdaus
- Foto FB Teh Firdaus

- Foto FB Teh Firdaus
- Foto FB Teh Firdaus

Putera Brunei, Putera Abdul Mateen dan Yang Mulia Anisha Rosnah. - Foto AFP
Putera Brunei, Putera Abdul Mateen dan Yang Mulia Anisha Rosnah. - Foto AFP

Putera Abdul Mateen (kiri) dan Yang Mulia Anisha Rosnah pada majlis perkahwinan mereka di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei. - Foto AFP
Putera Abdul Mateen (kiri) dan Yang Mulia Anisha Rosnah pada majlis perkahwinan mereka di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei. - Foto AFP

"Baju yang saya buat untuk perjumpaan pertama kali adalah baju untuk Dayang Anisha menghadiri majlis seperti perkahwinan. Daripada itu dan setelah beliau gembira dengan baju yang saya hasilkan, barulah (dapat tempahan) baju-baju seterusnya," katanya kepada Astro Awani.

Dalam temubual itu, Muhammad Firdaus yang berasal dari Pendang, Kedah, memberitahu Dayang Anisha memberi kebebasan kepadanya untuk berkarya, namun, mesti menepati kriteria 'clean looks' dan elegan.

Istiadat perkahwinan serba mewah ini bermula 7 Januari lalu, dengan berlangsungnya Majlis Istiadat Bersuruh Diraja dan pasangan diraja itu dinikahkan, pada 11 Januari di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.

Pasangan diraja itu kemudiannya menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan selepas acara puncak, Majlis Bersanding Pengantin Diraja di Istana Nurul Iman.

Dayang Anisha adalah cucu kepada salah seorang penasihat khas sultan, Pehin Dato Isa.

Putera Abdul Mateen (kiri) dan Yang Mulia Anisha Rosnah berjalan menuju ke pelamin ketika majlis perkahwinan mereka di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei. - Foto AFP
Putera Abdul Mateen (kiri) dan Yang Mulia Anisha Rosnah berjalan menuju ke pelamin ketika majlis perkahwinan mereka di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei. - Foto AFP

@bharianmy Reka busana Dayang Anisha, Teh Firdaus jadi sebutan #beritaditiktok ♬ original sound - Berita Harian
Berita Harian X