Khamis, 4 Januari 2024 | 8:30am
Antara babak menarik dalam filem Death Whisperer yang menemui penonton di pawagam, hari ini.
Antara babak menarik dalam filem Death Whisperer yang menemui penonton di pawagam, hari ini.

Kuasa jahat purba hantui keluarga

KUALA LUMPUR: Selepas meraih kutipan pecah panggung atau 'box office' di Thailand pada rekod THB475 juta (RM64 juta), filem seram terbaharu, Death Whisperer, mula 'menghantui' pawagam tempatan, hari ini.

Death Whisperer mengangkat kisah seram dengan babak ganas dan insiden ghaib berlatarbelakangkan sebuah perkampungan kecil di Kanchanaburi, Thailand.

Naskhah ini diadaptasi daripada kisah legenda setempat yang popular, selain menjadi filem pertama dipancarkan dalam format IMAX dengan laser termasuk menggabungkan imej 4K Laser yang jelas serta sistem bunyi IMAX canggih.

Dengan konsep penceritaan menarik serta sinematografi memukau, tidak hairanlah Death Whisperer menjadi antara filem paling laris di Thailand, tahun lalu.

Filem arahan Kui Taweewat Wantha itu dibintangi barisan pelakon handalan seperti Nadech Kugimiya, Mim Rattanawadee Wongthong, Denis Jelilcha Kapaun, Junior Kajbhunditt Jaidee dan Friend Peerakrit Phacharaboonyakiat.

Turut membantu menjayakan naskhah seram itu adalah Nina Nutthatcha Padovan dan Fresh Arisara Wongchaleeand Ply Pramer Noiam.

Kisah seram berkisar kejadian di sebuah kampung terpencil apabila seorang gadis muda tiba-tiba meninggal dunia selepas terdengar seruan 'Tee Yod' yang mengerikan.

Dengan konsep penceritaan menarik serta sinematografi memukau, Death Whisperer menjadi antara filem paling laris di Thailand, tahun lalu.
Dengan konsep penceritaan menarik serta sinematografi memukau, Death Whisperer menjadi antara filem paling laris di Thailand, tahun lalu.

Bertahun selepas kejadian itu, sebuah keluarga diganggu roh jahat sama. Kali ini, roh jahat itu merasuk seorang anak perempuan bernama Yam. Abangnya, Yak mendapatkan pertolongan daripada seorang bomoh untuk menghalau roh jahat itu.

Yak bersama adik-beradik lain berusaha membongkar misteri yang mengancam keluarga mereka, selain mahu memastikan mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Kejadian itu memaksa mereka mengambil langkah agresif untuk menghentikan kehadiran entiti jahat yang menghantui kampung dan keluarga.

Selepas perjalanan berbahaya untuk membawa Yam ke hospital, Yak terpaksa bersama bomoh dan beberapa anggota keluarga lain berdepan detik misteri. Ini menyaksikan kereta yang dibawa terbabas hingga menyebabkan mereka cedera.

Selepas berusaha, akhirnya mereka berjaya membawa Yam ke hospital. Namun, dia sekali lagi dirasuk sebelum mati dalam keadaan mengerikan. Justeru, Yak berikrar membalas dendam terhadap kuasa jahat purba yang melanda kampung itu.

Filem berkenaan menggabungkan jalan cerita serta watak yang menarik. Malah, Death Whisperer cukup meninggalkan rasa takut dalam diri penonton.

Selain memaparkan sisi seram, filem ini turut mengetengahkan nilai kekeluargaan yang tinggi yang boleh dicontohi penonton.

Berita Harian X