Sabtu, 30 Disember 2023 | 1:32pm
Alif berkongsi keadaan terkini selepas menjalani pemantauan di hospital swasta dalam IG.
Alif berkongsi keadaan terkini selepas menjalani pemantauan di hospital swasta dalam IG.

Alif sakit badan, anggap penghapus dosa selepas kemalangan

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Alif Satar yang terbabit dalam kemalangan di Hartamas, berdekatan Istana Negara menganggap apa yang berlaku sebagai ujian.

Menerusi hantaran di muat naik dalam Instagram, Alif berkongsi keadaan terkini selepas menjalani pemantauan di sebuah hospital swasta.

"Alhamdulillah, Allah uji sikit saja.. Dah 'check up' dengan doktor di KPJ Tawakal semalam, semuanya baik.

"Tidak ada yang patah, masa jatuh kepala sakit dan pening, jadi takut juga ada yang serius.

"Tapi doktor beritahu tiada gegaran. Syukur cuma badan sakit-sakit (semoga buat penghapus dosa)," tulisnya.

Alif terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat ke rumah keluarganya, semalam.
Alif terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat ke rumah keluarganya, semalam.

Menerusi hantaran itu, Alif yang memulakan gerakkan Projek Geng Subuh Macam Jumaat sempat mengajak pengikutnya untuk menunaikan solat Subuh berjemaah pada pagi tahun baharu.

"Insya-Allah dengan cukup rehat, masih boleh jemaah subuh bersama pada 1/1/2024 di Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara," tulisnya.

Projek Geng Subuh Macam Jumaat yang digerakkan bertujuan mengajak pengikut dalam laman sosial untuk solat subuh secara berjemaah di masjid.

Semalam, penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat ke rumah keluarganya.

Berita kemalangan Alif membabitkan motosikal ditunggangnya dengan sebuah kereta dikongsikan pelakon dan usahawan, Wak Doyok di akaun X miliknya.

Berita Harian X