Selasa, 19 Disember 2023 | 10:19am
Jenazah Allahyarham M Daud dibawa dari kediaman di Kampung Sungai Balai Baroh le Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk. Foto NSTP Muhamad Lokman Khairi
Jenazah Allahyarham M Daud dibawa dari kediaman di Kampung Sungai Balai Baroh le Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk. Foto NSTP Muhamad Lokman Khairi

Jenazah Allahyarham M Daud Kilau dikebumi selepas Zohor

BAGAN DATUK: Jenazah bintang legenda, Allahyarham Datuk M Daud Kilau tiba di Masjid Tuminah Hamidi di sini, pada jam 9.17 pagi tadi bagi urusan solat jenazah.

Jenazah Allahyarham M Daud tiba di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, pada jam 9.17 pagi tadi. Orang ramai yang ingin menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada arwah, boleh berbuat demikian. Foto NSTP Muhamad Lokman Khairi

Anak keduanya, Ahmad Zaini Muhammad Daud, 52, berkata ahli keluarga membenarkan orang ramai termasuk peminat menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi legenda itu di masjid berkenaan.

Ahmad Zaini berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh, berdekatan kediaman arwah, selepas Zohor.

Bintang legenda digelar Raja Gelek, M Daud, 85, menghembuskan nafas terakhir di HTI, Teluk Intan, pada jam 4.46 petang semalam.

Berita pemergian Allahyarham M Daud yang terkenal dengan imej unik dan dendangan malar segar seperti Cek Mek Molek, dikongsi cucunya dikenali sebagai Hasnor Ikram melalui Instagram Story (IGs).

"Datuk saya, Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar saja tadi... Al-Fatihah," katanya.

Berita Harian X