Isnin, 18 Disember 2023 | 7:56pm
Fahmi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham M Daud atas pemergiannya melalui hantaran Facebook (FB). Foto FB Fahmi Fadzil
Fahmi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham M Daud atas pemergiannya melalui hantaran Facebook (FB). Foto FB Fahmi Fadzil

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham M Daud Kilau

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bintang legenda, Datuk M Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan (HTI), Teluk Intan, hari ini.

"Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Satu lagi berita sedih hari ini. Salam takziah buat keluarga Datuk M Daud Kilau, penyanyi tersohor, yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

"Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini... Al-Fatihah," katanya dalam hantaran di Facebook (FB).

Bintang legenda digelar Raja Gelek, M Daud Kilau, 85, menghembuskan nafas terakhir di HTI, Teluk Intan, pada jam 4.40 petang tadi.

Berita pemergian Allahyarham M Daud yang terkenal dengan imej unik dan dendangan malar segar seperti Cek Mek Molek, dikongsi cucunya dikenali sebagai Hasnor Ikram melalui Instagram Story (IGs).

"Datuk saya, Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar saja tadi... Al-Fatihah," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X