Jumaat, 1 Disember 2023 | 1:14pm
BCL memilih esok untuk disatukan dengan teman lelakinya, Tiko Aryawardhana yang pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengannya. - Foto IG BCL
BCL memilih esok untuk disatukan dengan teman lelakinya, Tiko Aryawardhana yang pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengannya. - Foto IG BCL

Nikah esok, BCL tak guna lagi nama Ashraf dalam akaun IG

KUALA LUMPUR: Menjelang majlis pernikahannya esok, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) menukar nama Instagram (IG) menjadi @itsmebcl.

Sebelum ini, BCL menggunakan @bclsinclair sempena nama suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Ini adalah kali pertama penyanyi Wanita Terbahagia itu menukar nama IG sejak membuka akaun pada September 2011.

"itsmebcl menukar namanya 1 kali," tulis keterangan yang boleh dilihat pada akaun pelakon jelita itu.

Ini adalah kali pertama BCL tukar nama IG sejak membuka akaun pada September 2011. - Foto IG BCL
Ini adalah kali pertama BCL tukar nama IG sejak membuka akaun pada September 2011. - Foto IG BCL

Terdahulu BCL, 40, memilih tarikh 2 Disember (esok) untuk disatukan dengan teman lelakinya, Tiko Aryawardhana yang pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengannya.

Sumber terdekat bintang jelita itu mengesahkan kepada BH Online majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di sebuah hotel mewah di Bali, Indonesia.

Sebuah portal berita Indonesia turut melaporkan keluarga Allahyarham Ashraf terutama ibunya, Dida Sinclair sudah memberi restu jika BCL ingin berumah tangga semula.

Berita Harian X