Khamis, 20 April 2023 | 6:27pm
Kenang memori pembabitan awal dalam lakonan, Sharifah Rose ‘reward’ diri sendiri - Foto IG Sharifah Rose
Kenang memori pembabitan awal dalam lakonan, Sharifah Rose ‘reward’ diri sendiri - Foto IG Sharifah Rose

Hasil gaji pertama, Sharifah Rose beli cincin berlian RM10,000

KUALA LUMPUR: Pelakon cantik, Sharifah Rose mengenang semula memori pada awal penglibatan dalam dunia lakonan.

Rose berkata, dia menggunakan gaji bayaran pertama sebagai pelakon untuk membeli cincin berlian bernilai RM10,000.

"Paling mahal saya pernah beli adalah cincin berlian dalam RM10,000. Masa itu pertama kali dapat bayaran untuk sebuah drama.

"Saya tidak mahu membeli sesuatu benda yang bukan-bukan. Jadi mak saya kata beli barang yang saya akan ingat dan boleh pakai," katanya.

Menyentuh soal pelaburan, Rose yang popular sebagai pempengaruh sebelum terjun ke dunia lakonan gemar mengumpul tas tangan dan barangan kemas.

"Bila bercakap soal pelaburan ini, saya suka tas tangan dan barangan kemas. Tetapi jika fikir lebih kepada masa panjang, saya akan pilih barangan kemas lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sekarang.

"Barang kemas ini adalah satu perkara yang sangat dekat dengan keluarga saya. Saya hanya ada seorang adik lelaki, dan saya seorang anak perempuan sulung. Dari kecil mak saya suka pakaikan semua barang kemas pada saya," katanya lagi.

Rose ditemui pada pelancaran kempen raya Habib 'Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023' di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Meluahkan rasa teruja atas rezekinya buat pertama kali menjadi duta Habib, segala proses untuk menjadi wajah jenama itu berlaku dengan pantas iaitu sekitar Disember lalu.

"Saya rasa sangat teruja dapat bekerjasama dengan jenama besar, Habib yang sudah 65 tahun. Sebelum ini, nama-nama besar yang menjadi duta Habib seperti Rozita Che Wan dan Anzalna.

"Semasa penggambaran pun sangat teruja sebab saya tidak pernah nampak set barangan kemas harga berpuluh ribu dan pakai dalam masa sehari. Macam mimpi bekerja dengan Habib. Satu rezeki yang sangat luar biasa untuk bekerja dengan Habib di usia yang sangat muda," katanya.

Jenama itu memilih pelakon muda berjiwa besar, Sharifah Rose sebagai wajah selebriti yang memperagakan koleksi mereka.

Buat julung kalinya, jenama terbabit berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal Malaysia, Syomirizwa Gupta, yang menampilkan busana. mewah yang elegan dan berwarna ceria sebagai penyeri di Aidilfitri, untuk digayakan bersama koleksi raya mereka.

Berita Harian X