Isnin, 3 April 2023 | 3:07pm
Sam membidas dakwaan Aida yang mengatakan dirinya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak lelaki mereka, Maleeq. - NSTP/Genes Gulitah
Sam membidas dakwaan Aida yang mengatakan dirinya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak lelaki mereka, Maleeq. - NSTP/Genes Gulitah

16 Mei sebutan semula kes pindaan nafkah Sam

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini menetapkan 16 Mei depan sebagai lanjutan perbicaraan kes tuntutan mengubah perintah nafkah vokalis kumpulan Bunkface, Sam dengan bekas isterinya, Aida Azira Hussin.

Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan tarikh berkenaan selepas Aida selaku defendan selesai disoal balas beberapa soalan daripada peguam syarie yang mewakili Sam (plaintif) iaitu Liyana Sihar.

"Perbicaraan kes bersambung lagi pada 16 Mei depan," kata hakim syarie itu.

Terdahulu, Sam membidas dakwaan Aida yang mengatakan dirinya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak lelaki mereka, Maleeq.

Sam hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh isteri baharunya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi. - NSTP/Genes Gulitah
Sam hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh isteri baharunya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi. - NSTP/Genes Gulitah

Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Baharum, 35, turut mengulas punca pindaan nafkah anak mereka dua tahun lalu, daripada RM1,300 kepada jumlah yang mampu dilunaskan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sam mendakwa, punca pendapatannya sangat terhad dan lebih dua tahun perniagaannya terjejas.

Pada 29 Mac lalu, Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi sebutan kes pindaan nafkah Maleeq.

Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi terbabit, selain meminta bukti andai tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan pada 25 April 2015, namun bercerai penghujung Januari 2019.

Berita Harian X