KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengucapkan tahniah kepada pelakon Hollywood kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh susulan kejayaan menjadi bintang Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), pagi ini.
Menerusi hantaran dibuat dalam laman Facebook, Ka Siong menyifatkan Yeoh sebagai ikon dan kejayaannya itu mampu memberi inspirasi kepada semua.
"Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh! Orang Asia dan Malaysia pertama berjaya merangkul Anugerah Akademi (Oscar) bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, menerusi lakonan dalam filem Everything Everywhere All At Once.
"Dengan karier sebagai anak seni selama empat dekad, Yeoh menjadi ikon yang memberi inspirasi kepada ramai orang.
"Terima kasih atas sumbangan dan pencapaian membanggakan rakyat Malaysia," tulis Ahli Parlimen Ayer Hitam itu.
Michelle Yeoh accepts her #Oscar for Best Actress: "For all the little boys and girls who look like me watching tonight, this is a beacon of hope and possibilities. This is proof that dreams do come true." https://t.co/ndiKiHfmID pic.twitter.com/pQN8nHDhCx
— Variety (@Variety) March 13, 2023
Menerusi Oscar Ke-95, Yeoh, 61, menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).
Kemenangan itu sekali gus mencipta rekod sebagai bintang Asia pertama meraih trofi bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam sejarah Oscar.
Terdahulu, menerusi watak Evelyn Quah Wang, Yeoh meraih kemenangan dalam kategori sama iaitu Pelakon Wanita Terbaik pada beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe Ke-80 dan Screen Actors Guild Awards (SAG) Ke-29.
Tan Sri Michelle Yeoh, 61, diumum Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar di Los Angeles, hari ini, sekali gus mencipta rekod sebagai bintang Asia pertama meraih trofi bagi kategori itu dalam sejarah Oscar.https://t.co/OBRxuM6f3E#Oscars #EverythingEverywhere pic.twitter.com/3KM63662Kh
— Berita Harian (@bharianmy) March 13, 2023