Isnin, 13 March 2023 | 12:02am
Misha, Liza dan Ernie mengisi slot persembahan pada malam kemuncak TADS 2023 yang disiarkan secara langsung TV3 dari PICC, Putrajaya, malam tadi. Foto NSTP Genes Gulitah
Misha, Liza dan Ernie mengisi slot persembahan pada malam kemuncak TADS 2023 yang disiarkan secara langsung TV3 dari PICC, Putrajaya, malam tadi. Foto NSTP Genes Gulitah

TADS 2023 : Suamiku Lelaki Pendosa diangkat Drama Terbaik

PUTRAJAYA: Drama Suamiku Lelaki Pendosa diangkat Drama Terbaik pada Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Pengarah drama itu, Eyra Rahman dijulang Pengarah Terbaik.

Penerima Anugerah Drama Terbaik Suamiku Lelaki Pendosa pada program tonton Anugerah Drama Sangat 2023 di PICC. - Foto GENES GULITAH
Penerima Anugerah Drama Terbaik Suamiku Lelaki Pendosa pada program tonton Anugerah Drama Sangat 2023 di PICC. - Foto GENES GULITAH

Terdahulu, drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu beroleh kejayaan apabila Datuk Aaron Aziz diumum Pelakon Lelaki Terbaik manakala Gambit Saifullah menang kategori Pelakon Antagonis Terbaik.

Drama bersiri 28 episod yang diadaptasi daripada novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah, ditulis skripnya oleh Eenaz Mokhtar, Siti Jasmina dan Ctna Marzuki.

 Pelakon dan tenaga kreatif Drama Suamiku Lelaki Pendosa menerima trofi Drama Terbaik pada malam kemuncak TADS 2023 yang disiarkan secara langsung TV3 dari PICC, Putrajaya, malam tadi. Foto NSTP Genes Gulitah

Selain Aaron dan Gambit, drama Suamiku Lelaki Pendosa menampilkan Sophia Albarakbah; Shima Anuar; Fauzi Nawawi; Aleza Shadan; Maria Farida; Edika Yusof; Hafeez Mikail; Anne Abdullah; Michael Lean dan ramai lagi. 

TADS 2023 turut mengangkat Ummi Nazeera sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Risik Pada Hati.

Naskhah Ayahanda garapan Wan Mahani Wan Hassan dan Maizura Mohd Ederis pula memenangi kategori Penulis Skrip Terbaik.

Anna menang trofi Pasangan Drama Terbaik dan Pelakon Wanita Popular pada malam kemuncak TADS 2023 yang disiarkan secara langsung TV3 dari PICC, Putrajaya, malam tadi. Foto NSTP Genes Gulitah
Anna menang trofi Pasangan Drama Terbaik dan Pelakon Wanita Popular pada malam kemuncak TADS 2023 yang disiarkan secara langsung TV3 dari PICC, Putrajaya, malam tadi. Foto NSTP Genes Gulitah

Pasangan Drama Terbaik, Merqeen dan Anna Jobling pada program tonton Anugerah Drama Sangat 2023 di PICC. - Foto GENES GULITAH
Pasangan Drama Terbaik, Merqeen dan Anna Jobling pada program tonton Anugerah Drama Sangat 2023 di PICC. - Foto GENES GULITAH

Sementara itu, drama Melur Untuk Firdaus menang dua kategori iaitu Drama Adaptasi Novel Terbaik dan Pasangan Drama Terbaik menerusi gandingan Meerqeen dan Anna Jobling.

"Terima kasih Allah dan keluarga kami serta peminat. Terima kasih TV3 yang beri peluang kepada kami supaya semua ini menjadi realiti," kata Meerqeen dan Anna ketika menerima trofi di atas pentas.

Anna turut membawa pulang trofi bagi kategori Pelakon Wanita Popular. Redza Rosli pula diumum Pelakon Lelaki Popular manakala Bisik-Bisik Gelora diangkat sebagai Drama Popular.

Seterusnya, pelakon dari Korea Selatan, Cha Eun-Woo diumumkan sebagai Oppa Pilihan Penonton.

Anugerah BBNU Tonton pula dimenangi Aniq Suhair menerusi drama Tahyul manakala

OST Terbaik menjadi milik lagu Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul.

TADS 2023 dikendalikan Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah.

Antara penyampai trofi adalah Fauziah Ahmad Daud; Datuk Rosyam Nor; Sabri Yunus; Faizal Hussein; Janna Nick; Zahirah MacWilson; Siti Khadijah Halim; Zara Zya dan Fasha Sandha.

Pentas TADS 2023 dihangatkan dengan persembahan artis antaranya Rahmad Mega; Liza Hanim; Misha Omar; Hael Husaini; Haqiem Rusli; Stacy; Mimi Fly; Amir Masdi; Zaki Yamani dan Yamani Abdillah.

Berita Harian X