Isnin, 13 Februari 2023 | 12:07am
Aina mendapat ‘standing ovation’ apabila tampil dengan vokal dan persembahan memukau menerusi lagu Terus Hidup. - NSTP/Aziah Azmee
Aina mendapat ‘standing ovation’ apabila tampil dengan vokal dan persembahan memukau menerusi lagu Terus Hidup. - NSTP/Aziah Azmee

Vokal memukau, Aina dapat 'standing ovation'

KUALA LUMPUR: Jeritan gemuruh penonton menggamatkan suasana keseluruhan Axiata, Arena, Bukit Jalil saat finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37, Aina Abdul melangkah masuk ke atas pentas.

Biarpun belum membuat persembahan, Aina sudah menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir untuk menyaksikan anugerah berprestij itu.

Rata-rata penonton seakan 'histeria' sebaik sahaja penyanyi yang mengenakan busana putih itu muncul. Bahkan, boleh dikatakan sorakan diterima paling gemuruh sepanjang malam kemuncak AJL 37 berlangsung, malam ini.

Lebih mengujakan hos AJL 37, Sherry Alhadad dan Jihan Muse terpaksa berhenti bercakap bagi menenangkan penonton.

Aina tampil dengan lagu Terus Hidup ciptaannya sepenuhnya dengan membawa konsep berada di atas awan di pentas AJL 37. - NSTP/Aziah Azmee
Aina tampil dengan lagu Terus Hidup ciptaannya sepenuhnya dengan membawa konsep berada di atas awan di pentas AJL 37. - NSTP/Aziah Azmee

Pada AJL 37, Aina tampil dengan lagu Terus Hidup ciptaannya sepenuhnya dengan membawa konsep berada di atas awan.

Aina berjaya memukau penonton dengan lontaran vokalnya, malah menerima 'standing ovation' selepas menamatkan nyanyian.

Persembahan berkelas itu turut menyaksikan replika salji dijatuhkan pada penghujung persembahan.

Berita Harian X