Ahad, 12 Februari 2023 | 10:58pm
Naim mengenakan busana serba putih ketika mendendangkan lagu Mainan dengan persembahan ‘berani mati’ tergantung dan terbalik hingga mengundang sorakan gemuruh penonton yang hadir. - NSTP/Aziah Azmee
Naim mengenakan busana serba putih ketika mendendangkan lagu Mainan dengan persembahan ‘berani mati’ tergantung dan terbalik hingga mengundang sorakan gemuruh penonton yang hadir. - NSTP/Aziah Azmee

Naim 'berani mati' nyanyi tergantung, terbalik

KUALA LUMPUR: Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37, Naim Daniel menepati janji memberikan persembahan paling 'gila' apabila menyanyikan lagu Mainan dalam keadaan terbalik dan tergantung.

Persembahan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam ini menyaksikan Naim menyampaikan lagu Mainan ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga itu secara terbalik dan tergantung lebih daripada tiga minit.

Lebih mencuri tumpuan, Naim mengenakan busana serba putih ketika menjayakan persembahan 'berani mati' mengundang sorakan gemuruh penonton hadir.

Selesai persembahan, hos pengacara AJL 37, Sherry Alhadad dan Jihan Muse memaklumkan apa yang dilakukan Naim dengan kerjasama pakar.

Naim berkongsi, apa sahaja tindakannya atas pentas disusuli dengan langkah berjaga-jaga. - NSTP/Aziah Azmee
Naim berkongsi, apa sahaja tindakannya atas pentas disusuli dengan langkah berjaga-jaga. - NSTP/Aziah Azmee

Naim atau nama sebenar, Naim Daniel Baharin, 25, berkata, sebagai anak seni yang ingin terus melakar lebih banyak kejayaan, dia seharusnya berani mengambil risiko.

Bagaimanapun, Naim mengakui, apa sahaja tindakannya atas pentas tetap disusuli dengan langkah berjaga-jaga.

Terdahulu, Naim kali pertama muncul di AJL 34 pada 2020 dengan lagu Sumpah yang ketika itu berdiri atas bola besar.

Manakala, AJL 36 pada 2022, Naim memberi kelainan dengan duduk atas katil seperti pesakit jiwa yang juga terapung di udara.

Berita Harian X