Rabu, 1 Februari 2023 | 9:06pm
Ismail (kiri) dan Ruhaidini (kanan) bertanya khabar Rosli pada kunjungan di kediaman bekas wartawan itu di Kajang, Selangor.
Ismail (kiri) dan Ruhaidini (kanan) bertanya khabar Rosli pada kunjungan di kediaman bekas wartawan itu di Kajang, Selangor.

Ismail Sabri bantu bekas wartawan hiburan

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarah bekas wartawan hiburan akhbar Utusan Malaysia, Rosli Manah, 55, yang diuji masalah kesihatan di kediamannya di Kajang, Selangor, hari ini.

Ismail yang juga bapa kepada penyanyi Dafi, meluangkan masa hampir sejam di kediaman Rosli untuk bertanya khabar.

Ismail berkata, beliau mengenali Rosli sejak 2007.

Ismail kenang jasa Rosli yang banyak membantu karier Dafi sebagai penyanyi sejak 2007.
Ismail kenang jasa Rosli yang banyak membantu karier Dafi sebagai penyanyi sejak 2007.

"Hubungan kami akrab kerana Rosli banyak membantu karier Dafi sebagai penyanyi," katanya.

Sementara itu, Rosli berterima kasih kepada Ismail yang sudi meluangkan waktu menziarah dan bertanya khabar dirinya.

Rosli bertugas di Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad lebih 26 tahun sehingga syarikat itu ditutup pada 2019.

Sejak itu, Rosli melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara kehidupan keluarga.

Rosli dan isteri, Adma Ghani memiliki tiga cahaya mata iaitu Dean Ilham, 27; Aasif Esfan, 26, dan Daniel Ashman, 18.

Turut mengiringi Ismail Sabri pada kunjungan itu adalah Pengarah Media dan Komunikasi Strategik, Datuk Ruhaidini Abd Kadir serta Setiausaha Akhbar, Asyraf Afnan Ahmad Murtadza.

Berita Harian X