Selasa, 10 Januari 2023 | 5:41pm
Ira kali terakhir memuat naik hantaran di IG pada 1 Ogos lalu sehinggalah terbaharu, IG Story, hari ini yang mengingatkan pengikut usah tertipu dengan akaun IG palsu. Foto IG Ika Kazar
Ira kali terakhir memuat naik hantaran di IG pada 1 Ogos lalu sehinggalah terbaharu, IG Story, hari ini yang mengingatkan pengikut usah tertipu dengan akaun IG palsu. Foto IG Ika Kazar
Entri dimuat naik Ira di IG Story, hari ini mengenai dakwaan kewujudan akaun IG palsu. Foto IG Ika Kazar
Entri dimuat naik Ira di IG Story, hari ini mengenai dakwaan kewujudan akaun IG palsu. Foto IG Ika Kazar

Selepas empat bulan 'senyap', Ira kongsi entri di IG Story

KUALA LUMPUR : Selepas lama berdiam susulan kontroversi hubungan intim dengan pengarah kontroversi Syamsul Yusof hingga mereka bernikah, Jumaat lalu, pelakon, Ira Kazar kembali mencuri perhatian melalui hantaran Instagram (IG) Story.

Melalui entri dimuat naik, Ira yang juga anak pelakon veteran, Kazar Saisi, mengingatkan semua pihak tidak tertipu dengan kewujudan pelbagai akaun IG palsu yang didakwa menggunakan namanya.

Selepas kali terakhir memuat naik hantaran di IG pada 1 Ogos lalu, Ira berkongsi entri di IG Story berbunyi:

"Selamat pagi. Semua akaun palsu ini bukan kepunyaan saya.

"@irakaza hanyalah satu-satunya akaun yang saya gunakan. Terima kasih," katanya yang setakat ini merekodkan lebih 250,000 pengikut di akaun IG @irakaza.

Kapsyen itu mengiringi foto yang memuatkan deretan akaun IG palsu yang didakwa berselindung di sebalik nama dan wajahnya.

Sejak Syamsul mengesahkan pernikahan mereka, Ira yang dihujani pelbagai reaksi netizen, terus mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Jumaat lalu, Syamsul, 38, menggemparkan peminat apabila membuat pengakuan melalui video dirinya sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan Kazar.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' di Twitter.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

Berita Harian X