KUALA LUMPUR : Bapa Ira Kazar yang menjadi isteri kedua Syamsul Yusof, iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi mencuri perhatian pengikut Instagram (IG) apabila mendakwa sudah penat dibuli.
Kazar meluahkan harapannya agar apa yang dilalui sekarang, dipercayai berkaitan kontroversi pernikahan anaknya, akan reda, suatu hari nanti.
Kazar meluahkan emosi itu dalam hantaran IG dengan visual atau latar belakang hitam, namun, bertindak memadam entri terbabit, tidak lama kemudian.
Kapsyen mengiringi hantaran itu berbunyi:
"Rehat kejap. Penat kena buli.… Huhu , c u (see you) at some fine day (jumpa kamu suatu hari nanti)."
Dipercayai hantaran itu susulan kekecohan tercetus selepas Syamsul mengesahkan bernikah dengan Ira di Thailand, Jumaat lalu.
Syamsul menyebut Kazar menjadi wali majlis nikah itu dengan foto mereka tular dalam media sosial.
Berikutan itu, Kazar yang terkenal dengan watak Pak Samad dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, turut terkena tempias kecaman netizen.