Selasa, 10 Januari 2023 | 1:46pm
Puteri Sarah kecewa tindakan Syamsul yang disifatkan akan memberi kesan kepada anak-anak.
Puteri Sarah kecewa tindakan Syamsul yang disifatkan akan memberi kesan kepada anak-anak.

Puteri Sarah minta Syamsul jangan sakiti perasaan anak-anak

KUALA LUMPUR: "Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni," demikian kata pelakon Puteri Sarah susulan perkongsian terbaharu suaminya, Syamsul Yusof dalam Instagram (IG) meminta kedua-dua isterinya termasuk Ira Kazar bertenang.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Puteri Sarah membidas kenyataan Syamsul dengan mengatakan, orang jahil sentiasa akan mempamerkan kejahilannya.

Malah, katanya, dia kecewa dengan tindakan suaminya kerana akan memberi kesan kepada anak-anak.

"Saya cuba tidak bertindak balas atas kerosakan yang sudah dilakukan, tetapi saya sangat bertanggungjawab untuk mengatakan bahawa sangat kecewa dan malu bagi pihak anak-anak serta keluarga.

"Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan saya tidak dapat menafikan hak mereka dengan telefon," tulisnya.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Puteri Sarah membidas kenyataan Syamsul dengan mengatakan, orang jahil sentiasa akan mempamerkan kejahilannya.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Puteri Sarah membidas kenyataan Syamsul dengan mengatakan, orang jahil sentiasa akan mempamerkan kejahilannya.

Puteri Sarah turut menasihatkan Syamsul lebih berhati-hati dan menjaga segala tingkah lakunya dalam media sosial.

"Jaga sensitiviti anak-anak dan keluarga awak. Jangan sesekali menyakiti perasaan anak-anak.

"Fikir sebelum awak membuat sebarang hantaran," tulisnya lagi.

Terdahulu, Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu memuatnaik hantaran yang meminta Puteri Sarah dan Ira bersabar berserta gambar ketika perkahwinan mereka.

"Selamat pagi! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik," tulisnya.

Jumaat lalu, Syamsul menggemparkan peminat apabila membuat pengakuan menerusi video sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa mentuanya yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Berita Harian X