Ahad, 8 Januari 2023 | 7:27pm
Jumaat lalu, Syamsul menamatkan spekulasi apabila memuat naik video di IG mengesahkan dirinya sudah berkahwin dua dengan Ira di Thailand berwalikan Kazar.
Jumaat lalu, Syamsul menamatkan spekulasi apabila memuat naik video di IG mengesahkan dirinya sudah berkahwin dua dengan Ira di Thailand berwalikan Kazar.

Tak mahu ambil tahu hal Kazar - Yusof Haslam

[email protected],my

KUALA LUMPUR: "Tiada apa yang perlu dibincang... Nasi sudah jadi bubur."

Itu jawapan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, 69, ketika ditanya adakah beliau akan bersemuka dengan besan, Kazar Saisi berhubung pernikahan anak mereka, Syamsul Yusof dan Ira Kazar yang hangat diperkatakan netizen.

Yusof berkata, selain tiada keperluan, beliau enggan masuk campur dan mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya tak mahu ambil tahu hal Kazar. Lagipun, kami memang tidak rapat. Kalau jumpa di luar, setakat tegur begitu sahaja.

"Selama ini, iaitu sejak empat dan lima tahun lalu apabila isu ini timbul, saya tidak pernah tanya pun kepadanya.

Yusof enggan mengulas andai sedia bertemu Kazar bagi menjaga hati banyak pihak terutama isterinya. - Foto IG Patimah Ismail
Yusof enggan mengulas andai sedia bertemu Kazar bagi menjaga hati banyak pihak terutama isterinya. - Foto IG Patimah Ismail

"Tidak manis rasanya kerana ini membabitkan dua pihak iaitu anak dia dan anak saya," katanya kepada BH Online.

Mengenai reaksinya jika Kazar berhasrat bertemu keluarganya bagi menjernihkan keadaan, Yusof enggan mengulas demi menjaga hati banyak pihak termasuk isterinya, Datin Patimah Ismail.

Kazar Saisi. - Foto NSTP
Kazar Saisi. - Foto NSTP

"Saya tidak boleh hendak komen kerana ini membabitkan isteri saya. Saya tahu, dia sudah cukup terluka dengan apa yang berlaku.

"Rasanya, cukuplah kenyataan yang keluar dari mulut saya. Walau apapun yang terjadi, Syamsul tetap anak saya.

"Sebagai ayah, saya mendoakan yang terbaik untuknya," luahnya.

Jumaat lalu, Syamsul menamatkan spekulasi apabila memuat naik video di IG mengesahkan dirinya sudah berkahwin dua dengan Ira di Thailand berwalikan Kazar.

Berita Harian X