Ahad, 8 Januari 2023 | 1:49pm
Patimah dan suaminya, Datuk Yusof Haslam. Foto IG Patimah Ismail
Patimah dan suaminya, Datuk Yusof Haslam. Foto IG Patimah Ismail

Datin Patimah tarik perhatian netizen

KUALA LUMPUR : Ibu pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menjadi perhatian warga maya terhadap setiap komen ditulis berhubung isu perkahwinan kali kedua anaknya dan Ira Kazar.

Sejak berita perkahwinan Syamsul, 39, dan Ira di Thailand hangat diperkatakan, Patimah didapati meninggalkan beberapa komen dalam media sosial terutama membabitkan hantaran dibuat menantunya, Puteri Sarah Liyana.

Komen Patimah jadi perhatian dan hangat di portal hiburan sejak kontroversi pernikahan Syamsul dan Ira Kazar hangat diperkatakan netizen. Foto HM Online
Komen Patimah jadi perhatian dan hangat di portal hiburan sejak kontroversi pernikahan Syamsul dan Ira Kazar hangat diperkatakan netizen. Foto HM Online

Komen Patimah jadi perhatian dan hangat di portal hiburan kerana kelantangannya mempertahankan Puteri Sarah, sekali gus tindakan itu dianggap netizen amat wajar bagi seorang ibu mentua yang menganggap menantu seperti anak sendiri.

"Masya-Allah gigih cari rezeki, walau hati retak seribu, semoga kebahagiaan milikmu," tulisnya dalam satu perkongsian video promosi produk dibuat Puteri Sarah di Instagram (IG).

"Semoga Allah gantikan 'ayah' yang lebih baik untuk cucu-cucu saya," tulisnya pada perkongsian foto dua cucunya, Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 4, ketika bercuti di Tokyo, Jepun, yang dimuat naik di IG Puteri Sarah.

Terbaharu, turut dikongsi Puteri Sarah di IG Story adalah komen tegas Patimah yang dilihat umpama luahan kesalnya hingga membuatkan warga maya yakin wanita ini akan terus berada bersama Puteri Sarah memberi sokongan.

"Kami keluarga Syamsul tidak akan memaafkan Kazar yang membantu anaknya berkahwin dengan Syamsul dan merosakkan rumah tangga Puteri Sarah dan anak-anak mereka.

"Namun, kami terima takdir yang berlaku kepada anak kami yang malang itu," tulisnya.

Sehingga kini, rata-rata netizen memberikan pelbagai komen kepada Patimah kerana kagum dengan pendirian seorang ibu penyayang sepertinya.

Puteri Sarah juga berkongsi di IG Story, foto nasi goreng untuk sarapan pagi yang dimasak oleh Patimah hari ini sebelum dia berangkat ke lokasi penggambaran drama yang dibintanginya.

Jumaat lalu, Syamsul menerusi video yang dimuat naik di IG, mengesahkan dia sudah berkahwin kali kedua dengan Ira di Thailand pada hari itu.

Majlis akad nikah pasangan yang didakwa sudah menjalin cinta secara 'sembunyi' selama empat tahun itu diwalikan pelakon veteran, Kazar Saisi. - HM Online

Berita Harian X