Selasa, 3 Januari 2023 | 5:56pm

'Tiada maaf bagimu'

KUALA LUMPUR: Ibu pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail meluahkan tidak akan memaafkan sesiapa sahaja yang menjadi punca keretakan sesebuah keluarga.

Melalui perkongsian di Instagram Story (IGs), Fatimah memuat naik entri yang diiringi foto dirinya, seolah-olah memberi bayangan ia ada kaitan dengan konflik melanda rumah tangga anaknya, Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana.

Fatimah memuat naik entri yang diiringi foto dirinya, seolah-olah memberi bayangan ia ada kaitan dengan konflik melanda rumah tangga anaknya, Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana. Foto IG Fatimah Ismail
Fatimah memuat naik entri yang diiringi foto dirinya, seolah-olah memberi bayangan ia ada kaitan dengan konflik melanda rumah tangga anaknya, Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana. Foto IG Fatimah Ismail

"Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka," katanya.

Dalam hantaran berikutnya, Fatimah memuat naik foto Syamsul dan Sarah bersama anak sulung mereka iaitu Syaikhul Islam.

Sehingga kini, status rumah tangga pasangan selebriti itu masih menjadi tanda tanda tanya.

Sejak minggu lalu, bertebaran khabar angin mendakwa Syamsul sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Syamsul berjanji akan menjawab semua persoalan mengenai kemelut rumah tangga dan gosip menikahi Ira dalam masa terdekat.

Syamsul dilaporkan berkata, dengan penjelasan itu, semua tanda tanya mengenai krisis rumah tangganya akan berakhir.

Kontroversi kemelut rumah tangga Syamsul kembali diperkatakan selepas Puteri Sarah memberi bayangan suaminya dan Ira sudah bernikah menerusi perkongsian di IG.

Berita Harian X