Sabtu, 26 November 2022 | 6:56pm
Antara barisan penyanyi dan komposer yang berjaya bolos ke pentas AJL 37 yang bakal berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari tahun depan. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Antara barisan penyanyi dan komposer yang berjaya bolos ke pentas AJL 37 yang bakal berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari tahun depan. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Komposer, penyanyi muda dominasi AJL 37

SHAH ALAM: Penyanyi dan komposer muda mengungguli keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM 37) yang diumumkan menerusi siaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, petang tadi.

Bakat muda dilihat menguasai kebanyakan 12 lagu bakal berentap ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang bakal berlangsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari tahun depan.

Antaranya, penyanyi dan komposer, Aina Abdul yang memenangi Vokal Terbaik, AJL tahun lalu dan tempat kedua AJL 35 menerusi lagu Semalam berjaya menempah tiket ke peringkat akhir menerusi lagu Terus Hidup ciptaan sepenuhnya.

Persembahan Shila Amzah dan Liza Hanim pada saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 37 di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Persembahan Shila Amzah dan Liza Hanim pada saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 37 di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Seterusnya, lagu duet Shila Amzah dan Liza Hanim berjudul Bahagiakan Dia ciptaan Aliff Iskandar, manakala lirik oleh Aliff dan Que Afiq turut bolos AJL 37.

Sona One dan Joe Flizzow yang berkolaborasi menerusi lagu Suatu Malam Di Temasek ciptaan Sona One, manakala lirik Sona One bersama Joe turut berjaya melangkah ke AJL 37.

Persembahan Ernie Zakri pada saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 37 di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Persembahan Ernie Zakri pada saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 37 di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Menepati ramalan, lagu Korban nyanyian Ernie Zakri turut memburu gelaran juara AJL. Korban ciptaan sepenuhnya Ernie untuk suaminya, Syamel.

Turut bersaing, lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Efry Arwis dan lirik oleh Alif, Shah Shamshiri dan Romeo.

Lagu Debu ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim dendangan Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi turut mara ke pentas akhir AJL 37.

Tidak ketinggalan, lagu Kembali Terang ciptaan Senna dan Ajin, manakala lirik oleh Senna dinyanyikan oleh Marsha Milan Londoh.

Seterusnya, lagu Nang nyanyian penyanyi Iman Troye ciptaan sepenuhnya oleh Ezra Kong dan A Ramle.

Lagu Payung Pelangi menampilkan anggota kumpulan K-Clique, Noki dan MK ciptaan sepenuhnya dua rapper itu turut memberi saingan pada malam kemuncak AJL 37, tahun depan.

Persembahan Khai Bahar pada saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 37 di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Persembahan Khai Bahar pada saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 37 di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Lagu lain yang turut mara adalah Sengsara nyanyian Khai Bahar ciptaan John Reeves, Firdaus Rahmat dan Omar K.

Selain itu, lagu Irama nyanyian Shiha Zikir dan ciptaan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves turut terpilih.

Tidak ketinggalan, lagu Mainan nyanyian Naim Daniel ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga, manakala lirik Arizs Ab Rahman.

Ara Johari.
Ara Johari.

Persembahan Amir Masdi pada saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 37 di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Persembahan Amir Masdi pada saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 37 di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Floor 88.
Floor 88.

Semua lagu dinilai barisan juri profesional diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail bersama Damien, LY, Azlan Abdul Hassan, Jenny Chin dan Cikgu Shafi.

Dihoskan Muaz Mohamed dan Izzue Islam, SFMM 37 menyaksikan 30 lagu bertanding menerusi dua episod yang berlangsung semalam dan petang ini.

SFMM 37 turut diserikan dengan persembahan istimewa Ramlah Ram dan Syura menerusi lagu Hati Kama, manakala Farahdhiya dan Elyana mendendangkan lagu Bertakhta Di Hati dan Tak Tercapai Akalmu.

Berita Harian X