KUALA LUMPUR: Program bual bicara, Women Talk kembali bersiaran membawa topik dan isu semasa bersama tokoh wanita dari pelbagai bidang pada setiap Sabtu, pada jam 5 petang.
Bersiaran sebanyak 13 episod, program Women Talk dikendalikan oleh Deborah Henry dan Zoraya Vadillo dalam bahasa Inggeris itu menampilkan tetamu jemputan terdiri daripada pelbagai bidang untuk berkongsi pendapat dan informasi mengenai topik serta isu semasa yang menjadi fokus utama dalam golongan wanita.
Ia menampilkan tetamu jemputan daripada pelbagai bidang, termasuk politik, kewangan, keusahawanan, pendidikan, undang-undang, fesyen dan lain-lain.
Menerusi episod pertama memaparkan topik Rising From The Fall menampilkan tetamu, Ketua Jabatan, Pendidikan Kewangan Sektor Isi Rumah, AKPK, Nirmala M Supramaniam dan usahawan, Izayati Mustaffa berkongsi pengalaman bangkit kegagalan dan bagaimana belajar daripada kesilapan serta memperbaiki kekurangan sehingga berjaya dalam bidang diceburi.
Women Talk juga akan menampilkan topik menarik seperti bekerja dari rumah dan keseimbangan antara kerja dan kehidupan oleh Mahuran Saro Datuk Sariki dari Talent Corporation Malaysia Berhad dan Presiden PUSMA, Zarina Ismail.
Peredaran fesyen dan impak kepada perubahan iklim akan menampilkan Presiden Citra Malaysia, Nini Marini dan Andrea Wong yang juga penata gaya fesyen dan pembeli-belah peribadi.
Seterusnya, fenomena 'glass ceiling' yang masih wujud dalam budaya kerja di mana kaum lelaki lebih dominan akan dipaparkan dalam episod akan datang.
Sidang produksi Women Talk diketuai oleh Shahila Shah sebagai ketua penerbitan, manakala Datin Elaine Daly dan Said Thani sebagai penerbit.
Untuk maklumat dan perkembangan terkini mengenai program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.