X
Khamis, 4 Ogos 2022 | 9:19pm
Mizz Nina muat naik kata-kata pendakwah terkemuka, Mufti Ismail Menk intipatinya berbentuk peringatan. - Foto IG Mizz Nina
Mizz Nina muat naik kata-kata pendakwah terkemuka, Mufti Ismail Menk intipatinya berbentuk peringatan. - Foto IG Mizz Nina
Mizz Nina sempat mengemaskini akaun Instagram mengungkap kata-kata bermakna selepas berita perceraiannya tersebar, petang ini.
Mizz Nina sempat mengemaskini akaun Instagram mengungkap kata-kata bermakna selepas berita perceraiannya tersebar, petang ini.

Belajarlah mendoakan orang lain - Mizz Nina

KUALA LUMPUR: Di sebalik ujian rumah tangga yang kini sedang bertiup kencang, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina, 42, sempat mengemaskini akaun Instagramnya.

Biarpun status dimuat naik sekadar mengungkap semula kata-kata pendakwah terkemuka, Mufti Ismail Menk, namun, perkongsian dibuat Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman itu dihujani komen positif peminat agar tabah dengan dugaan rumah tangga yang dihadapinya.

Menerusi perkongsian dibuat penyanyi lagu What You Waiting For dan Takeover itu mengungkap semula hantaran intipatinya berbentuk peringatan.

"Belajarlah mendoakan orang lain. Ingatlah, ganjaran mendoakan orang lain adalah sesuatu yang luar biasa.

"Jika mendoakan orang lain, perkara baik akan datang kepada kita. Allah akan membantu mereka yang sibuk membantu orang lain.

"Jadi, janganlah kedekut, mulalah melakukannya," tulis perkongsian berkenaan.

Sementara itu, bukan sahaja peminat, malah, statusnya turut mendapat perhatian rakan selebriti.

Antara selebriti meninggalkan komen termasuklah pengacara Ahmad Fedtri Yahya yang berkongsi sepotong ayat al-Quran, manakala pelakon Mira Filzah pula meninggalkan emoji sayang pada ruangan komen.

Beberapa selebriti lain seperti Datin Lisa Surihani, Liyana Jasmay dan Alif Satar meninggalkan tanda suka pada hantaran berkenaan.

Hantaran dimuat naik Mizz Nina sebentar tadi mendapat hampir 25,000 tanda suka dan 1,200 komen.

Berita kemelut rumah tangga Mizz Nina dan Noh mula kecoh sejak 13 Julai lalu. Bagaimanapun, Noh menafikan gosip keretakan rumah tangga yang dibina selama 11 tahun.

Terdahulu, Noh dan Mizz Nina dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.

Sumber Harian Metro berkata, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.

Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Sementara itu, cubaan BH Online mendapatkan kenyataan daripada pasangan berkenaan tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak dibalas.

Berita Harian X