Ahad, 29 Mei 2022 | 3:49pm
Fida dan Shahzemir berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata melalui hantaran di Instagram (IG), baru-baru ini. Foto IG Fida Ibrahim
Fida dan Shahzemir berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata melalui hantaran di Instagram (IG), baru-baru ini. Foto IG Fida Ibrahim

Hamil 3 bulan, Fida positif COVID-19

KUALA LUMPUR: Disahkan positif COVID-19 ketika dirinya hamil tiga bulan cukup meresahkan penyanyi, Rafidah Ibrahim.

Apatah lagi, Rafidah atau mesra disapa Fida pernah mengalami keguguran buat kali pertama, November tahun lalu.

Fida yang juga isteri kepada Shahzemir Shahzulkarib mengaku bimbang perkara tidak diingini kepada kandungannya, berulang lagi.

"Saya paling risau kandungan ini. Apatah lagi, saya alami pendarahan dan dijangkiti COVID-19 daripada suami yang pulang mengerjakan Umrah di Makkah.

"Rabu lalu saya sempat buat pemeriksaan di sebuah hospital berdekatan. Alhamdulillah, pemeriksaan jantung dan darah saya normal. Doktor sahkan keadaan saya tidak kritikal.

Fida mengesahkan dirinya positif COVID-19 ketika hamil tiga bulan sekarang. Foto IG Fida Ibrahim
Fida mengesahkan dirinya positif COVID-19 ketika hamil tiga bulan sekarang. Foto IG Fida Ibrahim

"Pemeriksaan ke atas kandungan pun okay. Denyutan nadi kandungan juga masih ada. Berbanding keguguran lalu, tiada denyutan nadi... Itu yang saya syukur sangat," katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Fida berkata, berdasarkan rekod keguguran lalu, doktor memaklumkan peluang untuk kandungannya hidup masih 50/50.

"Jika pendarahan makin banyak, saya dinasihatkan terus datang ke hospital. Saya berehat di rumah sekarang. Harap semua baik-baik sahaja," katanya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang bersama Datuk AC Mizal dan Stellar Band ini baru melancarkan single Anumerta Ya Rasulullah.

"Saya harap lagu ini akan mendapat sokongan peminat. Lagu ini ciptaan Bard Muffins dan Aiman SYDQ," katanya.

Berita Harian X