Rabu, 16 March 2022 | 7:45pm
Keluarga bahagia Akim dan Stacy. Foto IG Stacy
Keluarga bahagia Akim dan Stacy. Foto IG Stacy

Stacy hamil empat bulan

KUALA LUMPUR: Penyanyi Stacy berkongsi berita gembira dirinya hamil empat bulan.

Stacy atau nama sebenar, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 32, meminta peminat mendoakan agar anak dalam kandungan sihat.

"Alhamdulillah, rezeki Allah SWT buat saya dan suami, Akim Ahmad. Sekarang kandungan sudah mencecah empat bulan. Syukur, kehamilan kedua ini dipermudahkan.

Mengumumkan hamil empat bulan, Stacy berharap peminat mendoakan agar proses mengandung kali ini dipermudahkan. Foto IG Stacy
Mengumumkan hamil empat bulan, Stacy berharap peminat mendoakan agar proses mengandung kali ini dipermudahkan. Foto IG Stacy

"Saya tidak boleh hendak sorok sebab makin hari perut membesar. Sekarang kalau pergi ke mana-mana, orang akan bertanya juga. Jadi, biarlah saya berterus terang," katanya kepada BH Online.

Menurut penyanyi Kisah Dongeng ini, dia dan suami terbuka dalam soal jantina dan menerima apa sahaja kurniaan Tuhan.

"Insya-Allah jika semuanya dipermudahkan saya dijangka bersalin, Ogos nanti. Soal jantina anak, kami okay sahaja. Asal sihat dan sempurna.

"Buat masa sekarang saya masih larat bekerja. Saya hendak ucap terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan saya," katanya.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016.

Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang berusia lima tahun. Pasangan ini juga memiliki anak angkat, Bella De Luna Valentina.

Berita Harian X