Sabtu, 12 March 2022 | 6:00pm
Sung Deuk berkongsi pelbagai tip termasuklah rentak tari mengikut k-wave menerusi dua episod akhir program Master In The House Malaysia. - Foto Ihsan TV3
Sung Deuk berkongsi pelbagai tip termasuklah rentak tari mengikut k-wave menerusi dua episod akhir program Master In The House Malaysia. - Foto Ihsan TV3

Song Sung Duek kongsi tip kejayaan BTS

KUALA LUMPUR: Dua episod akhir program Master In The House Malaysia akan menampilkan tetamu istimewa sebagai master iaitu Pengarah Persembahan HYBE Studio dan koreogrfer kumpulan K-Pop sensasi, BTS, Song Sung Duek.

Biarpun sibuk bersama BTS yang kini sedang mengadakan konsert jelajah dari 10 Mac hingga esok, Sung Duek masih sempat berkongsi semula hantaran @masterinthehousemy ke akaun Instagram (IG) peribadinya bagi mempromosikan episod kesembilan program berkenaan.

Bukan itu sahaja, Sung Deuk meluangkan masa membalas mesej pengikut dalam IG peribadi itu. Ia sekali gus membuatkan BTS Army Malaysia tidak sabar menonton episod istimewa itu.

Menerusi dua episod akhir itu, Sung Deuk berkongsi pelbagai tip termasuklah rentak tari mengikut k-wave.

Keterujaan lima selebriti popular Malaysia, Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan ahli kumpulan Cassia, Meyrasam dapat dilihat daripada riak wajah mereka ketika sesi latihan.

Manakan tidak, bukan mudah untuk mendekati orang penting yang berjaya menaikkan nama BTS pada mata dunia. Apatah lagi, Sung Deuk adalah koreogrfer BTS.

Pengalaman itu pastinya tidak dapat dilupakan Hael, Scha, Sharifah Rose, Andi dan Meyrasam.

Peluang memasuki HYBE Studio dan mempelajari tarian bersama Sung Deung menjadi pengalaman berharga yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup. - Foto Ihsan TV3
Peluang memasuki HYBE Studio dan mempelajari tarian bersama Sung Deung menjadi pengalaman berharga yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup. - Foto Ihsan TV3

Peluang memasuki HYBE Studio selain dapat mempelajari tarian bersama Sung Deung menjadi pengalaman berharga yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup.

Lebih bertuah dapat berlatih dalam studio yang menjadi lokasi latihan kumpulan yang popular menerusi lagu Butter dan Dynamite itu.

Paling tak dapat dilupakan apabila lima selebriti Malaysia memasak masakan kegemaran Sung Deuk.

Nak tahu apa masakan yang menjadi kegemaran Sung Deuk, jangan ketinggalan menyaksikan program Master In The House Malaysia, malam ini.

Jadi, dapatkah lima selebriti Malaysia mempelajari gerak tari yang disampaikan oleh master?

Bagaimana master memberi reaksi terhadap mereka kerana ada antaranya bukan penari?

Dan siapakah yang berjaya menawan hati Sung Deuk, sekali gus mendapat pujian? Semuanya akan terjawab dalam program Master In The House Malaysia, jam 10 malam ini, hanya di TV3.

Berita Harian X