Sabtu, 29 Januari 2022 | 5:00pm
Siti tidak dapat menahan air mata ketika mengimbas semula kisah hidupnya sebelum bergelar penyanyi nombor satu negara. - Foto Ihsan TV3
Siti tidak dapat menahan air mata ketika mengimbas semula kisah hidupnya sebelum bergelar penyanyi nombor satu negara. - Foto Ihsan TV3

Siti kongsi rahsia bersama lima selebriti popular

KUALA LUMPUR: Selepas selesai tugasan di Korea Selatan bersama master K-Pop yang juga anggota kumpulan GOT7 iaitu BamBam, kini, lima selebriti popular Malaysia yang menyertai program Master In The House Malaysia diberi tugasan bersama legenda Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Pastinya penonton tidak sabar menanti cabaran yang perlu dihadapi Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan ahli kumpulan Cassia, Meyrasam pada minggu ketiga ini.

Malam ini, peminat bakal melihat tugasan yang diberikan oleh penyanyi nombor satu negara itu.

Adakah tugasan semakin mencabar? Permainan apa pula akan diberikan dan paling penting, adakah berjaya menyelesaikan tugasan?

Sudah tentu ramai tertunggu-tunggu untuk melihat lima gelagat selebriti ini kerana tugasan diterima berbeza daripada bidang seni dan muzik.

Siti berkongsi pengalaman dan ilmu bersama lima peserta program Master In The House Malaysia. - Foto Ihsan TV3
Siti berkongsi pengalaman dan ilmu bersama lima peserta program Master In The House Malaysia. - Foto Ihsan TV3

Jika tidak dapat menyelesaikannya, mereka akan dikenakan denda yang di luar jangkaan, pastinya lucu.

Justeru, jangan ketinggalan menyaksikan program realiti adaptasi Korea Selatan, Master In The House Malaysia dalam episod ketiga bersama Siti Nurhaliza, malam ini, jam 10 malam di TV3.

Jika terlepas, peminat boleh menyaksikannya secara strim langsung dalam definisi tinggi (HD) menerusi tonton dan YouTube TV3 Malaysia Official.

Peminat boleh menggunakan #MasterInTheHouseMY untuk menghangatkan perbualan dalam media sosial.

Menerusi episod terdahulu, peminat dihiburkan aksi Andi mengajar BamBam bercakap bahasa Malaysia, manakala Meyrasam pula dengan gelagat lucu menyakat BamBam dan banyak insiden yang menghiburkan.

Berita Harian X